Man Utd Sudah Tidak Yakin Dengan Kemampuan Mauricio Pochettino

Mauricio Pochettino kini bukan lagi calon kegemaran yang mahu Manchester United lantik sebagai pengurus kelab, menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut sumber laporan dari The Independent, Manchester United pada ketika ini mahu menjadikan pengurus Ajax, Erik Ten Hag sebagai sasaran utama mereka.

Manchester United akhirnya memenuhi kehendak para peminat yang mahu melihat pengurus dari Norway itu dipecat, dengan Michael Carrick dilantik sebagai pengurus sementara.

United pada ketika ini masih dalam usaha mereka untuk mencari pengurus tetap, bagi menggantikan tempat Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat pada minggu lalu.

Laporan terbaru menyatakan yang United akan melantik pengurus baharu pada penghujung musim nanti, dengan mereka bakal melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim selama enam bulan.

Manchester United telah dikaitkan dengan ramai pengurus-pengurus berkelas dunia seperti Ernesto Valverde, Lucien Favre, Paulo Fonseca, Zinedine Zidane dan Mauricio Pochettino.

Pengurus Paris Saint Germain itu dilaporkan merupakan calon kegemaran untuk dilantik sebagai pengurus kelab, dengan Sir Alex Ferguson sendiri mahu melihat beliau terus mengendalikan Man Utd.

Walau bagaimanapun, Red Devils pada ketika ini sudah tidak yakin dengan kemampuan Pochettino dengan pimpinan kelab telah mendedahkan sendiri hal tersebut kepada beberapa media.

Taktikal dan falsafah pengurus dari Argentina itu bukanlah sesuatu yang pihak kelab cari untuk menjadi pengurus tetap Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Seandainya laporan dari The Independent benar, maka pengurus Ajax, Erik Ten Hag akan menjadi calon kegemaran untuk dilantik sebagai pengurus kelab selepas ini.

Pihak kelab pada ketika ini masih sedang mencuba nasib untuk memujuk pengurus dari Belanda itu, untuk menerima tawaran menjadi pengurus Red Devils.

Pimpinan kelab akan sedaya upaya mencuba nasib untuk membawa Erik Ten Hag ke bumi Old Trafford pada penghujung musim ini, dan terus mengendalikan kelab bermula musim hadapan.

Ten Hag sedar beliau sedang dikaitkan dengan Manchester United

Erik Ten Hag sedar yang beliau sedang hangat dikaitkan dengan bakal menjadi pengurus Manchester United, dengan beliau baru-baru ini ada menyatakan bahawa:

“Saya sibuk dengan Ajax. Saya tak perlu bercakap tentang minat atau dikaitkan dengan sesiapa, kerana tiada sesiapa yang hubungi saya. Ia sangat hebat jika kamu dikaitkan dengan kelab yang ada nama.”

Jelas Ten Hag ketika sidang media beliau sebelum aksi dalam saingan Champions League minggu ini.

Ajax mungkin bakal melepaskan pengurus terbaik mereka itu, seandainya Manchester United meletakkan tawaran yang sesuai dan menarik.

Ralf Rangnick mahu ditawarkan kontrak dua tahun sebagai penasihat

Selain ditawarkan jawatan sebagai pengurus interim, Ralf Rangnick telah meminta United untuk melantik beliau sebagai penasihat kelab.

United sepertinya bersetuju dengan syarat tersebut, dan mahu melantik bekas pengurus RB Leipzig itu untuk menjadi pengurus Interim, dan kemudiannya bertugas sebagai penasihat kelab selama dua tahun.

Sebagai penasihat kelab, Ralf Rangnick turut meletakkan syarat kepada kelab, yang pengurus tetap Manchester United nanti perlulah dipersetujui oleh beliau terlebih dahulu.

Beliau juga sepertinya lebih berminat untuk mendapatkan khidmat Erik Ten Hag berbanding Mauricio Pochettino.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN