Man Utd Intai Pengarah Sukan Kelab Liga Australia Untuk Jawatan Di Old Trafford

Manchester United dilaporkan sedang mempertimbangkan Pengarah Sukan kelab Liga Australia, Central Coast Mariners untuk jawatan yang sama di Old Trafford.

Juara Liga Inggeris sebanyak 20 kali itu sedang sibuk mencari calon yang sesuai untuk seorang Pengarah Sukan – dalam usaha kelab tersebut memperkemaskan sistem pembelian pemain dan urusan rundingan kontrak pemain sedia ada.

Bukan muka baharu

Namun individu yang dimaksudkan mengikut laporan Telegraph bukanlah wajah asing bagi kelab United. Individu yang dimaksudkan adalah Mike Phelan yang kini merupakan pembantu kepada Ole Gunnar Solskjaer.

2nd April 2019, Molineux, Wolverhampton, England; EPL Premier League football, Wolverhampton Wanderers versus Manchester United; Manchester United assistant manager Mike Phelan in the dug-out before the game (photo by Conor Molloy/Action Plus via Getty Images)

Phelan yang kini berusia 56 tahun meninggalkan tugas beliau secara sementara di Australia untuk bergelar pembantu Solskjaer sejak pengurus Norway itu mengambil alih pada Disember tahun lalu.

Phelan sebelum ini pernah bergelar pembantu kepada Sir Alex Ferguson selama lima tahun sehingga 2013. Namun kini Phelan dilaporkan sedang berbincang dengan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward untuk peranan yang lebih besar bersama Manchester United.

Perbetulkan keadaan

Walaupun kini Phelan dilihat masih kekal terlibat dengan urusan bersama skuad utama, beliau dan Solskjaer dikatakan mempunyai isu besar dengan bagaimana pemain direkrut serta dinilai oleh rangkaian pencari bakat kelab tersebut.

United juga sebelum ini mahu mengelakkan masalah hubungan melibatkan kakitangan kejurulatihan dan pengurusan tertinggi kelab seperti yang pernah berlaku di era Mourinho.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 21: (EXCLUSIVE COVERAGE) Caretaker Manager Ole Gunnar Solskjaer of Manchester United poses with coaches Emilio Alvarez, Michael Carrick, Mike Phelan and Kieran McKenna at Aon Training Complex on December 21, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Itu membuatkan semua pihak termasuk Phelan dan pengurusan kelab setakat ini amat terbuka untuk idea menjadikan beliau sebagai Pengarah Sukan pertama di dalam sejarah Manchester United.

United dikatakan mencari seseorang yang boleh bekerja bersama dan bukan individu yang akan berada di atas pengurus – dan dilihat sebagai lebih sesuai dengan budaya di kelab tersebut.

Gandingan diperbaharui

Pihak pengurusan tertinggi di United sememangnya sedar akan hubungan baik Phelan dan Solskjaer dan kini pengurusan tertinggi kelab nampak lebih bersedia untuk menyandarkan harapan kepada dua individu ini untuk mencorak masa depan kelab.

United tewas 4-0 kepada Everton pada hujung minggu, dan Solskjaer tidak menyembunyikan niat beliau untuk melakukan perubahan pada musim hadapan. Namun sebelum berbuat demikian, United sedar mereka harus memperkemaskan polisi pembelian dan pemberian kontrak kepada pemain sedia ada.

PARIS, FRANCE – MARCH 05: Coach Mike Phelan, Caretaker Manager Ole Gunnar Solskjaer and Coach Michael Carrick of Manchester United in action during a first team training session at Park Des Princes on March 05, 2019 in Paris, France. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Sekiranya rancangan untuk menjadikan Phelan sebagai Pengarah Sukan diteruskan, United juga dikatakan merancang untuk menjadikan Michael Carrick sebagai pembantu kepada Solskjaer.

Cadangan menjadikan Phelan sebagai Pengarah Sukan mungkin adalah jawapan mengapa beliau tidak ditawarkan sebagai pembantu pengurus secara tetap di bawah Solskjaer.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram