Man City Turunkan Kesebelasan Utama Termahal Dalam Sejarah Premier League

Walaupun tewas 1-0 di tangan Tottenham Hotspur, Manchester City tetap berjaya mencipta rekod baru dalam saingan Premier League.

Namun tidak pasti sama ada rekod ini boleh dibanggakan atau tidak, kerana rekod yang berjaya dipecahkan oleh City adalah rekod kesebelasan paling mahal dalam sejarah Premier League.

Pep Guardiola menurunkan kesebelasan utama bernilai £553.32 juta dan ia merupakan nilai yang paling mahal dalam sejarah saingan Premier League.

Walau menurunkan kesebelasan yang dianggap paling mahal dalam sejarah, namun Manchester City gagal untuk menewaskan Spurs, sebaliknya mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-0.

City menurunkan Ederson sebagai penjaga gol utama, sementara empat lagi pemain pertahanan mereka telah dibarisi oleh Joao Cancelo, Benjamin Mendy, Ruben Dias dan Nathan Ake (setiap seorang bernilai lebih dari £40 juta).

Di posisi midfield, City menurunkan Jack Grealish yang memegang tanda harga bernilai £100 juta dan digandingkan bersama Fernandinho dan IIkay Gundogan yang dilaporkan bernilai £50 juta setiap seorang.

Mereka kemudiannya menurunkan Raheem Sterling, Riyad Mahrez dan Ferran Torres di posisi serangan, dengan nilai ketiga-tiga pemain ini lebih dari £200 juta.

The Citizens bahkan mempunyai barisan pemain simpanan yang dianggarkan bernilai lebih dari £300 juta.

Sementara kesebelasan utama Tottenham Hotspur pula dilaporkan hanya bernilai £175.14 juta sahaja, namun satu gol jaringan dari Son Heung Min sudah cukup memberikan mereka tiga mata berharga.

Namun berapa sebenarnya nilai kesebelasan utama untuk setiap pasukan lain dalam saingan Premier League?

City jelas sekali memegang rekod sebagai pasukan yang menurunkan kesebelasan utama paling bernilai, dan dengan menggunakan data dari Reddit, berikut merupakan senarai kesebelasan utama dalam saingan Premier League mengikut nilai para pemain mereka.

Nilai kesebelasan utama setiap pasukan dalam saingan Premier League:

20. Norwich | £34.29 juta

19. Burnley | £45.9 juta

18. Watford | £49.73 juta

17. Brentford | £53.51 juta

16. Crystal Palace | £68.75 juta

15. Southampton | £82.53 juta

14. Leeds | £83.09 juta

13. Brighton | £96.61 juta

12. Wolves | £97.29 juta

11. Newcastle | £101.93 juta

10. West Ham | £117.14 juta

9. Everton | £150.57 juta

8. Leicester | £156.25 juta

7. Aston Villa | £163.76 juta

6. Tottenham | £175.14 juta

5. Chelsea | £221.22 juta

4. Arsenal | £238.23 juta

3. Liverpool | £347.45 juta

2. Manchester United | £435.85 juta

1. Manchester City | £553.32 juta

Melihat kepada senarai tersebut, kesebelasan utama Man City sebenarnya £120 juta lebih mahal berbanding kesebelasan United yang dianggap antara pasukan yang sering berbelanja besar.

Bayangkan pula andai City berjaya menandatangani Harry Kane dengan nilai £140 juta? Berapa jauh bezanya antara kesebelasan mereka berbanding pasukan lain.

Liverpool pula menurunkan kesebelasan utama yang dianggarkan bernilai hampir £350 juta, dengan mereka diletakkan di kedudukan ketiga dalam senarai ini.

Arsenal yang tewas 0-2 di tangan Brentford kemarin berada di kedudukan keempat dengan mereka telah menurunkan kesebelasan utama bernilai £238.23 juta.

Namun nilai tersebut diambil kira tanpa pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan Thomas Partey kerana ketiga-tiga pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama mereka.

Walaupun tanpa tiga pemain utama mereka, namun nilainya tetap lebih tinggi berbanding nilai kesebelasan utama Juara saingan Champions League musim lalu, Chelsea.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN