Mampukah Lewandowski Atasi Rekod 40 Gol Bundesliga Semusim Milik Gerd Muller?

Robert Lewandowski Gerd Muller Bayern Munich

17 gol dalam 13 perlawanan Bundesliga, ia merupakan satu catatan rekod yang cukup memberangsangkan buat Robert Lewandowski bersama Bayern Munich untuk musim 2020/21 ini.

Dengan saingan masih berbaki 21 perlawanan sehingga hujung musim ini, timbul persoalan sama ada penyerang Poland itu mampu memecahkan rekod milik legenda kelab Gerd Muller yang mengumpul 40 gol pada musim 1971/72 yang lalu.

Pengurus Bayern, Hansi Flick telah beberapa kali mencabar penyerangnya itu untuk memecahkan rekod berusia 48 tahun itu.

Musim lepas Lewandowski telah menjeringkan 34 gol dalam 31 perlawanan Bundesliga, namun rekod 55 gol daripada 47 perlawanan dalam semua pertandingan telah pun mengatasi rekod 50 gol daripada 48 perlawanan milik Muller.

Pemain berusia 32 tahun itu baru sahaja diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA tempoh hari selepas mengetepikan dua jagoan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Ia dilihat anugerah yang cukup layak buatnya selepas membantu The Bavarians meraih lima trofi pada tahun ini bermula dengan kejuaraan Bundesliga dan disusuli oleh DFB-Pokal, Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Super DFL serta Piala Super Eropah.

Berdasarkan statistik perbandingan di antara dua pemain berkenaan bagi musim ini dan musim 1971/72, Lewandowski yang telah mengumpul 17 gol daripada 13 perlawanan mencatat rekod yang lebih baik berbanding Muller yang menjaringkan 11 gol selepas 13 perlawanan.

Ini bermakna beliau perlu menjaringkan 23 gol lagi daripada 21 baki perlawanan musim ini untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod tersebut.

Lewandowski mungkin perlu menyasarkan beberapa pasukan yang boleh dijadikan ‘lubuk’ untuk terus menjaringkan gol pada musim ini. Antaranya Wolfsburg di mana beliau telah pun menjaringkan 23 gol dalam 20 pertemuan.

Bagitu juga dengan Schalke yang masih belum meraih kemenangan pada musim ini selain beberapa pasukan bawahan lain seperti Mainz, Arminia Bielefield dan FC Koln.

Mampu atau tidak, semuanya bergantung kepadanya dengan harapan beliau tidak dilanda sebarang kecederaan sehingga penghujung saingan musim ini.

Kredit Foto: Bundesliga

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski:

Lewandowski Nyaris Sertai Manchester United Selepas Dipujuk Ferguson

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

Robert Lewandowski Impi Terus Beraksi Sehingga Usia 40 Tahun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN