Paolo Maldini: “Pertahanan Sekarang Semakin Hilang Karakter Bertahan”

Lagenda AC Milan dan Itali Paolo Maldini mengakui yang fikiran beliau kadangkala terganggu (annoyying) dengan pertahanan moden dalam bola sepak.

Maldini adalah pemain yang boleh bermain hampir kesemua posisi bertahan terutama sekali bek kiri dan bek tengah.

Beliau muncul dalam 902 perlawanan untuk Milan dan 126 kali untuk Itali. Maldini berkata kepada Italian Football Daily:

“Sekarang, bola sepak sudah berubah. Pemain bek tengah yang lebih banyak memegang bola berbanding dahulu, manakala asas gerakan banyak bermula daripada penjaga gol.”

“20 tahun yang lalu, hanya sedikit pemain bek tengah yang berani memegang bola lama. Jadi segalanya telah berubah.”

Italy’s Paolo Maldini (L) Andrea Pirlo, Gianluigi Buffon stand during the inter religious “match for peace” football game in Rome’s Olympic Stadium on September 1, 2014. AFP PHOTO/Filippo MONTEFORTE (Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

“Namun yang mengecewakan saya apabila bek tengah juga kehilangan kekentalan untuk mengawal pemain ketika sepakan penjuru dan lemah ketika 1 lawan 1.”

“Mereka hilang karakter pertahanan yang dimiliki sejak era 80-an.”

“Adakah ia mengganggu fikiran saya? Ya! Saya bercerita tentang pemain di liga utama, UCL dan pasukan kebangsaan, bukannya pasukan divisyen 2.”

“Saya tahu permainan hari ini telah berubah. Namun saya masih percaya, memiliki pertahanan yang kental akan memberikan pulangan pada jangka masa panjang.”

Pertahanan terbaik hari ini

“Sergio Ramos bek tengah yang sangat bagus, namun kadangkala dia lupa cara bertahan. Dia memang hebat, kental, ada skil dan boleh menjaringkan gol.”

“Saya juga menggemari Thiago Silva. Walaupun anda tidak menonton Ligue 1 lebih kerap (tuju kepada wartawan), tetapi anda boleh ingat cara dia bertahan di AC Milan.”

Corak permainan

Maldini ditanya tentang corak permainan beliau. Maldini berkata:

“Saya tak tahu nak jelaskan. Saya akan cuba bermain bersih dan cuba mendapatkan bola bukannya kaki. Saya tidak gemar menyimpan bola terlalu lama, saya hanya mahu bertahan.”

“Anda harus keras dan agresif. Namun anda harus bijak bezakan agresif dengan kotor. Cuma kadangkala, anda harus bermain sedikit kotor.”

Siapa yang terbaik?

“Pemain yang paling saya minati adalah Franco Baresi. Dia adalah kapten sebenar. Menjadi contoh semua orang.”

“Beliau tidak pernah bercakap besar, pendiam tetapi di pusat latihan dan dalam perlawanan, beliau no.1.”

“Saya juga merasakan Van Basten sebagai pemain paling lengkap yang saya pernah main bersama. Selain itu, Kaka dan Shevchenko antara rakan sepasukan terbaik.”

Lawan terbaik

“Lawan terbaik dalam karier saya adalah Maradona. Kenapa? Sebab dia adalah Maradona. Beliau sangat baik orangnya di dalam dan di luar padang.”

Diberikan tugas mengekang Diego Maradona dalam aksi Serie A menentang Napoli.,

“Semua orang menghormati Maradona.”

“Selepas Maradona, lawan yang sukar adalah Ronaldo Brazil. Sentiasa sukar berhadapan dengan beliau, lebih-lebih lagi ketika 2 musim di Inter, beliau sangat-sangat hebat sebelum beliau tercedera.”

“Zidane dan Platini juga lawan yang sukar dalam karier saya.”

Siapa pemain yang diminati hari ini

“Untuk soalan ini, saya memilih Lionel Messi sebagai pemain yang saya minati hari ini. Sebab dia unik. Apa yang dia lakukan ke atas bola, tiada siapa dapat menandinginya. Saya suka menonton aksi beliau.”

“Ronaldo pemain yang hebat, tetapi Messi istimewa.”

Pengurus terbaik

“Saya bersyukur kerana bermula bermain di bawah Nils Liedholm. Beliau sangat gemar memberikan peluang kepada pemain muda.”

“Saya juga banyak belajar dari Sacchi. Seterusnya adalah Capello. Jadi saya mahu mereka bertiga digabungkan.”

“Saya pernah bermain di bawah ayah saya sendiri. Agak janggal jugalah sebab saya pun menjadi kapten ketika itu.”

Gol paling diingati

“Saya akan pilih gol pertama saya untuk Milan, ketika menentang Como. Kami menang 1-0. Saya pun tak tahu macamana saya boleh ada di sana.”

Baca juga: VIDEO: Luis Suarez Berlakon Dalam Iklan Komersial Di Uruguay

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN