Malcom Lengkapkan Perpindahan Ke Barcelona Dengan Nilai €41 Juta

Malcom

Barcelona akhirnya membuatkan penyokong AS Roma kecewa apabila usaha kelab Catalan tersebut bagi membawa Malcom ke Nou Camp telah berjaya direalisasikan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pemain yang berusia 21 tahun itu telah mencapai kata putus bersama AS Roma, namun tawaran lebih lumayan dari juara La Liga itu mengubah segalanya.

Barcelona telah melengkapkan perpindahan Malcom atau nama penuhnya, Malcom Filipe Silva de Oliveira bernilai €41 juta dengan kontrak selama lima tahun.

Berita tersebut telah disahkan laman web rasmi Barcelona yang mengumumkan kehadiran pemain sedang meningkat naik itu.

”FC Barcelona dan Girondins De Bordeaux telah mencapai persetujuan terhadap perpindahan pemain, Malcom Felipe Silva de Oliveira.”

”Pemain ini menandatangani kontrak bersama kelab untuk lima musim, sehingga penghujung musim 2022/23.”

”Malcom adalah pemain menyerang dengan masa depan yang hebat di hadapannya. Dia menonjol kerana kelajuan dan teknik dengan bola di kakinya.”

”Malcom adalah seorang yang berani dengan keupayaan melepaskan rembatan dari jarak jauh dan walaupun berkaki kiri, berupaya beraksi di kedua-dua posisi sayap.”

Malcom yang berkelana ke Perancis pada usia 18 tahun telah menjaringkan 23 gol dalam 93 penampilan di Ligue 1.

Tumpuan Barcelona beralih ke Malcom selepas usaha keras mereka untuk membawa masuk Willian seperti menemui jalan buntu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN