Analisis Taktikal: Tan Cheng Hoe Perlukan Nombor 10 Yang Efektif

Tan Cheng Hoe jelas sekali memerlukan nombor 10 yang efektif dalam sistem beliau. Nombor 10 adalah merujuk kepada pemain tengah serangan di belakang penyerang.

Berbeza dengan penyerang ke-2, nombor 10 adalah lebih utamakan servis berbanding dengan mencari gol.

Malaysia berhadapan dengan Kyrgyzstan dalam perlawanan persahabatan di mana kita tewas 0-1.

Formasi

Tan Cheng Hoe menggunakan formasi kegemaran beliau 4-2-3-1 pada atas kertas. Namun nanti saya akan jelaskan isu pada formasi ini.

Pasukan lawan pula tampil dengan formasi 4-1-4-1.

Pendekatan Kyrgyzstan

Mereka sebenarnya bukanlah terlalu ‘superior’ dalam perlawanan ini walaupun ranking mereka jauh lebih baik.

Kyrgyzstan lebih kepada permainan fizikal yang agresif. Dari segi taktikal mereka sangat ‘direct’. Mereka akan cuba untuk mencari ‘target man’ segera.

Kebanyakan peluang mereka hadir daripada situasi bola mati. Boleh dikatakan, apa yang anda lihat pada separuh masa pertama, itulah pendekatan mereka salin dan tampal pada separuh masa kedua.

Positif daripada taktikal Malaysia

Apa yang positif, perlawanan kali ini lebih banyak ciptaan peluang daripada permainan terbuka.

Malaysia jelas menjadi pasukan yang lebih kreatif berbanding dengan pasukan lawan.

Seterusnya adalah, Malaysia mengurangkan faul yang tak perlu di atas padang. Mungkin Tan Cheng Hoe menggariskan isu bentesan tanpa sebab ini di dalam taklimat taktikal beliau.

Jika Malaysia banyak melakukan bentesan gopoh ini, pastinya Malaysia dalam masalah kerana pasukan lawan memang ada kelebihan dalam situasi bola mati.

Aksi Mohamadou Sumareh

Seterusnya adalah kemampuan untuk mengurangkan dominasi lawan di kawasa tengah.

Dan tak lupa juga, isu ‘shape’ pasukan di mana para pemain berada dalam jarak yang lebih dekat untuk memberikan sokongan kepada rakan. Berbeza dengan sebelum ini banyak isu di mana para pemain terlalu jauh.

Isu taktikal dan teknikal Malaysia

Kali ini saya akan cuba gariskan beberapa isu taktikal dan teknikal Malaysia.

1. No. 10 tak dinamik 

Tan Cheng Hoe menggemari sistem 4-2-3-1 dengan no. 10. Dalam perlawanan ini jelas sekali Norshahrul adalah pemain yang diarahkan menjadi pemain ‘hole’.

Apabila anda melihat pasukan seperti Manchester City, Arsenal, Man. United ataupun mana-mana pasukan yang tampil dengan formasi 4-2-3-1 dengan no. 10, mereka memiliki nombor 10 yang efektif mampu ‘orchestrating’ tempo perlawanan.

No. 10 seperti David Silva mereka mengubungkan 2 garisan taktikal (tengah dan serangan). Dengan gerakan yang licik dan kreativiti yang tinggi.

Itu yang tak ada pada Norshahrul. Beliau lebih bertindak sebagai penyerang kedua yang direct. Beliau tidak ada kemampuan menjadi perancang yang licik di zon 14.

Apabila menerima bola beliau direct dan tidak ada banyak variasi hantaran mahupun mampu mengawal tempo. Ini adalah gambaran bagaimana pasukan kita kurang permainan di zon padat.

Norshahrul bermain baik sebagai penyerang ke-2 dan memberikan impak kepada sistem walaupun beliau memiliki 2 peluang terbaik. Lihat bagaimana Norshahrul statik dan tak cukup komprehensif dalam menjadi penghubung di zon padat.

Apabila hal ini berlaku, Malaysia bermain dengan sistem 4-4-2/4-4-1-1 dan ianya memerlukan salah satu pivot untuk menjadi perancang.

Dan jelas sekali Syamer dan Kenny pula agak rigid dengan keutamaan untuk berkawal (holding) berbanding dengan playmaking.

2. Isu penyudah

Ini adalah masalah pada pemain bukan taktikal. Norshahrul ada peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Ianya aspek yang harus diperbaiki.

Apabila anda tak memanfaatkan peluang gol, anda tidak akan mampu menang. Lihat situasi ini, bagaimana decision making Norshahrul memberikan penjaga gol peluang untuk membuat ‘save’. Lihat kedudukan penjaga gol.

Jelas sekali di atas ini, pemain ada larian taktikal berkesan untuk membuka ruang dan Norshahrul melakukan dribble yang sangat baik, cuma penyudah itu tak tepat.

Sementara pasukan lawan mendapat peluang penting dan menjaringkan gol.

3. Isu ‘disjointed’ di beberapa zon

Zon Syazwan Zainon antara yang menghadapi masalah disjointed yang teruk. Pemain ini paling banyak hilang bola. Kerap kali dijatuhkan lawan kerana tak melepaskan bola dengan segera.

Seterusnya Zaquan Adha tidak berhubung baik dengan pemain lain terutama sekali 2 pemain sayap dan Norshahrul.

Pada separuh masa kedua, kemasukkan Akhyar memperbaiki sedikit isu di sebelah kiri. Namun masalah kita pula, tempo pada Sumareh berkurangan pada separuh masa kedua.

Rumusan

Secara taktikal, Tan Cheng Hoe ada isu dengan sistem di ‘tight area’ ataupun zon 14. Ini kerana tidak ada nombor 10 yang efektif. Norshahrul jelas sekali tipikal penyerang ke-2 (second striker) ataupun no.9 dalam sistem penyerang kembar.

Tan Cheng Hoe pastinya memerlukan nombor 10 yang efektif dinamik untuk menggerakan taktikal 4-2-3-1. Ataupun beliau terpaksa dengan sistem dengan formasi seperti 4-3-3 ataupun 4-4-1-1 (4-4-2).

Seperti dijelaskan di atas, apabila sistem tanpa no.10, kita memerlukan pemain tengah yang mampu merancang perlawanan center circle.

Seterusnya isu teknikal seperti penyudah seharusnya ditingkatkan lagi.

Dari segi disiplin, pemain kali ini berdisiplin berhadapan dengan pasukan lawan yang menggunaan permainan fizikal yang provokatif.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Pavel Matiash (Kyrgyzstan)

Beliau menafikan 2 percubaan penting untuk memastikan pasukannya tak bolos.

Untuk pemain Malaysia, walaupun Norshahrul tak efektif menjadi no.10 namun beliau berjaya menjadi penyerang kedua yang menghadirkan ancaman kepada lawan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN