FAM Mahu Bida Tuan Rumah Piala AFC B-23, Terus Perkasa Mutu Pengadilan

Selesai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Forest City Phoenix Hotel di Johor Bahru yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), satu sidang media telah diadakan.

Antara initipati mesyuarat tersebut, TMJ telah mengesahkan pihak FAM telah berjaya mengurangkan jumlah saman bernilai €1.4 juta daripada sebuah syarikat yang berpengkalan di Slovakia berkenaan penempatan pemain kebangsaan ketika FAM masih diterajui oleh pengurusan sebelum ini.

Sumber: FAM, Facebook.

Menurut baginda, jumlah terkini yang perlu dibayar oleh FAM sekarang ialah €300,000 dan akan dibayar secara berperingkat kepada syarikat berkenaan.

Dalam sidang media yang sama, TMJ turut mengesahkan FAM akan membida sebagai hak tuan rumah untuk kejohanan Piala AFC B-23 yang akan datang.

Seraya itu, beberapa venue akan dinaiktaraf untuk tujuan penganjuran terbabit dan Presiden FAM mahukan gelanggang yang dinaiktaraf kemudian akan terus dijaga dengan sebaik mungkin selepas kejohanan.

Sumber: FAM, Facebook.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM itu turut menyentuh mutu pengadilan di kalangan pengadil tempatan. Untuk itu, TMJ memohon bantuan bekas pengadil elit AFC, Subkhiddin Mohd Salleh untuk menyediakan laporan untuk melakukan penambahbaikkan kepada mutu pengadilan sedia ada.

Antara cadangan yang bakal dilakukan ialah untuk mencari 15 sehingga 20 pengadil sepenuh masa untuk dilatih secara profesional.

Sumber: FAM, Facebook.

TMJ turut bertegas supaya pengadil yang gagal melakukan tugas dengan baik, wajar direhatkan.

Ketika ditanya mengenai apa yang dilakukan oleh selama hampir setahun dilantik sebagai Presiden FAM, baginda menyerahkan perkara tersebut untuk dinilai oleh penyokong dan pihak media sendiri.

Presiden FAM itu turut mengesahkan RM3 juta akan diserahkan kepada setiap pasukan di Liga Super dan RM1 juta untuk pasukan yang bersaing di Liga Premier pada Rabu akan datang.

Sumber: FAM, Facebook.

Mengenai hukuman berat sehingga RM1.5 juta yang dikenakan kepada pasukan yang gagal dan lewat menyiapkan pendaftaran pasukan masing-masing, baginda bertegas ia adalah tugas dan sebahagian daripada tanggungjawab kepada penaja yang harus baginda jaga.

“Jika anda mempunyai pengurusan yang lemah, bagaimana anda mahu mengurus keseluruhan organisasi? Dana ini, saya telah diberikan amanah oleh penaja untuk menjaga kepentingan bola sepak negara.”

“Untuk menjaga kepentingan bola sepak negara, saya hanya memberi kepada yang layak sahaja. Yang patut terima. Bukan yang tak boleh buat kerja atau mengambil benda terlampau mudah.”

Jumlah Denda yang dikenakan oleh FMLLP.

Sebagai Presiden FAM dan Pengerusi FMLLP, TMJ juga tidak goyah dengan ugutan pasukan untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2018.

Sebaliknya, baginda mengingatkan setiap pihak tidak menuding jari kesalahan dan kesilapan diri kepada pihak lain.

Sebelum ini FMLLP mengumumkan empat pasukan Liga Super, dan enam pasukan Liga Premier didenda sehingga RM1.5 juta oleh badan pentadbir bola sepak negara atas kesalahan gagal mematuhi tarikh akhir penyerahan dokumen untuk tujuan pendaftaran.

Hukuman pemotongan mata oleh FMLLP.

Selain daripada nilai denda yang tinggi, pasukan yang terus gagal melengkapkan pendaftaran turut akan dikenakan sekatan perpindahan pada jendela perpindahan kedua pada pertengahan musim dan potongan 6 mata sebagai hukuman tertangguh.

FMLLP turut memberikan tempoh 14 hari buat setiap pasukan terbabit untuk mengemukakan rayuan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN