Malaysia B-15 Tewaskan DPR Korea Untuk Muncul Juara CFA China International Youth Tournament

Malaysia muncul juara Kejohanan B-15  yang diadakan di Haikou City semalam.

Dalam perlawanan trakhir menentang Korea Utara semalam, anak buah P.Maniam meneruskan rentak cemerlang dari perlawanan terdahulu, apabila mencatatkan kemenangan 2-1.

Dalam perlawanan tersebut skuad negara mendahului perlawanan melalui Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-20 perlawanan.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama. Separuh masa kedua, pasukan muda negara melebarkan pendahuluan pada minit ke-57 melalui jaringan Nabil Qayyum Zainuddin.

Korea memperolehi gol tunggal dalam perlawanan ini menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Yom Chol Gong pada masa kecederaan lewat babak kedua.


Kemenangan 2-1 ini membenarkan Malaysia muncul juara selepas sebelum itu mengatasai Iran 2-0, sebelum mengikat tuan rumah China 1-1.

Kejohanan ini dianggap sebagai medan persiapan terbaik buat anak buah P.Maniam yang akan menyertai Kejohanan AFF B15 yang bakal diadakan di Chonburi, Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN