Malaysia 1-2 Vietnam: Malaysia Tak Boleh Bertahan Dan Menyerang

Di hadapan 80,000 penyokong di Stadium Shah Alam, Malaysia layu apabila tewas 1-2 kepada Vietnam. Baru perlawanan pertama, Malaysia mempunyai tugas berat untuk mencari sekurang-kurangnya dua gol tanpa bolos di Hanoi nanti.

Kedua-dua pasukan turun dengan formasi 4-4-2, tetapi cara mereka bermain 4-4-2 berbeza sama sekali. Shape Malaysia lebih luas ketika menyerang dengan direct passing manakala shape Vietnam lebih compact dengan short passing bertempo tinggi.


Kejutan Dollah Salleh

B4P9h38CAAE_d3F

Shukor Adan dan Amri Yahyah digantung perlawanan dan digantikan oleh Fadhli Shas dan S. Kunanlan. Pertukaran sudah dijangka awal-awal lagi kerana Kunanlan dan Fadhli antara pemain berpengalaman dalam skuad kebangsaan.

Tetapi kemasukan pemain midfield Pahang, Hafiz Kamal yang menggantikan Gary Steven Robbat agak mengejutkan. Kemasukan Hafiz bermakna kedua-dua mereka bergilir-gilir mengambil alih tugas membantu serangan dan pertahanan.

viet1

viet13


Malaysia nampak goyah ketika diserang

Satu perkara yang pasti disetujui oleh semua orang yang melihat perlawanan semalam adalah Malaysia nampak goyah ketika diserang.

Puncanya cuma satu. Ruang yang terlalu besar antara pertahanan tengah dah midfield tengah.

Sudah terjadi beberapa kali dalam perlawanan, ketika pemain Malaysia ghairah mencari gol, mereka kehilangan bola dan mendapati 2 penyerang Vietnam mempunyai ‘ocean of space’ untuk berlari sambil mengatur serangan.

viet8

viet9

viet10

viet11

viet12

Sebagai perbandingan lihat ruang antara midfield tengah dan pertahanan tengah Atletico Madrid dalam perlawanan menentang Barcelona.

viet27

Bagaimana kecelaruan taktikal ini boleh terjadi? Kami rasa ada dua sebab:

1. Ketiadaan arahan Shukor Adan di belakang menyebabkan barisan pertahanan yang dikemudikan Muslim dan Fadhli menghadiahkan banyak ruang kepada pemain Vietnam untuk memegang bola di hadapan mereka.

2. Muslim dan Fadhli gagal compress space kerana takut dengan kelajuan pemain Vietnam dan tak yakin dengan permainan perangkap ofsaid mereka.


Amaran pertama Vietnam

Vietnam melaungkan amaran pertama seawal minit ke-3, apabila pemain no.7 (Ngo Hoang Thinh) membuat larian dari kawasan midfield tengah untuk menyudahkan serangan yang dirancang oleh no. 10 (Nguyen van Quyet) dan no.9 (Lee Cong Vinh).

Semua ini berpunca daripada ruang yang besar antara pasangan Muslim-Fadhli dan pasangan Safiq-Hafiz. Ruang yang besar ini memberi banyak masa kepada pemain Vietnam untuk mengatur serangan.

viet3

viet4

viet5

viet6

viet7


Gol pertama Vietnam

Gol pertama Vietnam terhasil kerana kelalaian pemain. Jika ketika menentang Singapura dahulu, Azamuddin ‘Alex’ Akil berdisiplin ketika bertahan, ketika menentang Vietnam semalam Alex perlu bertanggungjawab dengan gol pertama Vietnam.

viet14

viet15

viet16

viet17

viet18


Gol kedua Vietnam

Gol kedua Vietnam terhasil dengan tiga pass sahaja. Bermula dengan long goal kick dari goalkeeper Vietnam yang ditanduk oleh pemain tengah Vietnam, Le Cong Vinh sekali lagi menunjukkan kebolehan build-play nya dengan menyambut tandukan pemain tengah Vietnam tersebut sebelum melorongkan bola kepada Nguyen van Quyet.

Tiada apa yang salah dari segi taktikal Malaysia dalam gol kedua Vietnam ini kecuali Muslim Ahmad yang lambat memberi reaksi sebaik bola tiba di kaki van Quyet.

viet19

viet20


Pasangan Safee Sali-Norshahrul Idlan Talaha sudah hilang bisa serangan mereka

Dalam pasangan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo, Safee bertindak sebagai main striker dan Mat Yo bertindak sebagai second striker yang menghubungkan midfield dengan attacking department.

Selepas satu lagi persembahan yang mengecewakan dari mereka, ramai peminat termasuk kami merasakan tahap persembahan mereka tidak seperti dahulu.

Passing mereka selalu tersasar, mereka tidak boleh mengalahkan pertahanan mereka dalam one-on-one duel, apatah lagi melakukan build-up untuk menghasilkan peluang gol. Semua ini jelas melalui statistik perlawanan semalam.

B4Qf3uSCIAEiMdI

viet21

viet22

Dalam satu rencana serangan, Kunanlan mendapat bola dan terus menyerang bek kanan Vietnam. Apa yang dilakukan Kunanlan menggambarkan kekurangan idea dalam jentera serangan Malaysia.

viet23

viet24

viet25

viet26


Kesimpulan

Secara jujurnya, kami merasakan Malaysia kalah bukan kerana pemain Vietnam memang bagus. Sebaliknya kita kalah kerana kesilapan taktikal:

1. pemain kita memberikan ruang yang besar di antara defence dan midfield lines
2. kegagalan dua penyerang kita melakukan build-up play. Tidak nampak connection antara midfield dengan attacking departments.

Malaysia mempunyai tugas berat di Hanoi pada hari Khamis akan datang, tetapi tak mustahil jika ruang antara defence dan midfield dikurangkan dan penyerang lain diberikan peluang kerana buat masa ini – gandingan Safee Sali dan Mat Yo sudah tidak sehebat 2010 dahulu. Kehadiran Amri Yahyah dan Shukor Adan mungkin dapat menguatkan barisan Malaysia semula.

Leave a Reply