Makan Konate, Dechi Marcel & Habeeb Haroon, Segi Tiga Permata Yang Mencorakkan Permainan Terengganu

Terengganu FC Habeeb Konate Marcel

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengakui tiga pemain tengah import memainkan peranan penting dalam mengawal persembahan pasukan ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas PJ City dalam aksi Liga Super, semalam.

Jelasnya, gandingan tiga pemain import iaitu Dechi Marcel, Makan Konate dan Habeeb Haroon di bahagian tengah dianggap sebagai nadi utama yang sentiasa bijak mengawal corak permainan untuk membantu rakan sepasukan baik di pertahanan dan serangan.

Aksi mereka di atas padang semalam nyata berjaya memberi masalah kepada lawan untuk melakukan asakan selain berjaya untuk mengawal pergerakan bola dengan lebih aggresif bagi membantu rakan pasukan memburu jaringan.

Apatah lagi, selepas mereka seri dan tewas dan dua perlawanan terdahulu, Nafuzi menganggap kebangkitan yang ditampilkan oleh anak buah benar-benar di luar jangkaan walaupun rata-rata pemain sudah agak kepenatan pada separuh masa kedua perlawanan.

“Bagi saya, bahagian tengah merupakan enjin kepada pasukan kerana kalau mereka dapat bermain dengan baik, yang lain juga akan dapat beri persembahan yang baik.

“Ketiga-tiga pemain ini memang penting kerana mereka dapat mengawal corak permainan, menggerakkan pasukan, dan membantu juga dari segi bertahan dan menyerang, jadi mereka betul-betul jadi peranan untuk pasukan.

“Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada semua pemain yang bekerja keras selepas tiada jaringan dilakukan dalam dua aksi sebelum ini, dan mereka tetap bermain dengan baik walaupun pada minit-minit terakhir untuk menjaringkan gol.

“Sepertimana penyerang, David Da Silva, saya tahu kualiti yang ada pada dia dan apabila saya tengok dia bermain malam ini, saya percaya dia boleh menjaringkan gol, cuma kalau nak melakukan jaringan, ia bukan bergantung kepada dia seorang, tetapi kepada orang lain juga”, jelasnya. – MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN