Main European Super League, FIFA Akan Haramkan Pemain Sertai Piala Dunia

Mauro Icardi

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara terbuka menolak idea kepada penganjuran kejohanan European Super League yang setelah sekian lama diperbincang oleh kelab-kelab utama Eropah.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan banyak kelab dari lima liga utama Eropah termasuk beberapa pasukan jemputan yang dilakukan menerusi kelayakan dijangka akan diadakan pada musim 2022/2023.

Oleh itu, FIFA secara terbuka menyatakan akan mengharamkan penyertaan para pemain yang beraksi dalam kejohanan itu dengan tidak membenarkan mereka menyertai Piala Dunia dan juga kejohanan yang berkaitan.

“Mana-mana kelab atau pemain yang menyertai pertandingan tersebut tidak akan dibenarkan untuk sertai mana-mana kejohanan anjuran FIFA atau konfederasi bola sepak yang lain.”

Misi FIFA jelas sekali mahu menjaga kebaikan bola sepak sejagat dengan tidak mahu sukan itu hanya dimainkan oleh beberapa pasukan sahaja di dunia.

“Ianya adalah prinsip kesukanan yang universal, solidariti, kenaikan pangkat dan penyingkiran, serta subsidari adalah asas piramid bola sepak yang memastikan kejayaan sukan ini di peringkat global.”


Kajian MSL & MPL 2021. Klik pautan di bawah untuk sertai poll.
https://forms.gle/91rWtwigRyhTPijN6


Menurut Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata yang beliau lebih gemarkan perlawanan melibatkan pasukan dari pelbagai benua dan bukannya hanya dari Eropah sahaja.

“Saya tidak minat akan perlawanan Bayern Munich lawan Liverpool, saya lebih gemarkan aksi Bayern Munich lawan Boca Juniors.”

“Saya mahukan kelab di luar Eropah untuk ada sokongan global pada masa hadapan. Visi saya adalah untuk wujudkan 50 kelab dan pasukan kebangsaan yang boleh bergelar juara,” kata beliau menerusi Sky Sports.

FIFA jelas tidak bersetuju dengan idea European Super League ini, sebaliknya mereka bersetuju untuk meluaskan format Piala Kelab Dunia untuk masa hadapan.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Eropah:

Solskjaer Masih Anggap Liverpool Pasukan Bahaya

Raphael Varane Mahu Cari Cabaran Baharu Di Tempat Lain

Arsenal Jadi Destinasi Pilihan Real Madrid ‘Lepaskan’ Martin Odegaard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN