Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?

TMJ Valencia

Selepas berjaya meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tahap yang membanggakan, timbul ura-ura Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia.

Menerusi Story dalam akaun Instagram miliknya, TMJ seolah-oleh memberi beberapa petunjuk yang beliau mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan.

Pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.

“Pertama, saya bukan ahli perniagaan, saya seorang putera raja. Kedua, bukan wang yang memotivasikan saya, kegemilangan dan mencipta sejarah yang memotivasikan saya. Ketiga, bukan lagi rahsia saya amat cintakan dan meminati bola sepak,” ujarnya.

“Keempat, saya bukan baharu dalam bola sepak. Saya telah membawa JDT daripada setiap tahun bergelut dengan penyingkiran kepada pasukan yang mendominasi kejauraan. Saya dah menang 16 kejuaraan dalam lapan tahun. Kami kini terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia.

“Kelima, saya mahu kembangkan lagi empayar, melabarkan sayap dan menempuh cabaran baharu.

TMJ turut kongsikan data Consultancy Europa yang menunjukkan nilai perusahaan Valencia yang dianggarkan sekitar €408 juta.

“Dan yang terakhir, saya bukan seseorang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab kamu. Seperti yang saya katakan awal tadi, saya seorang putera raja, bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk meraih kegemilangan, kejayaan dan mencipta sejarah.

“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seseorang yang arif tentang bola sepak, dahagakan kejayaan dan faham betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.

“Langkah pertama, kita perlukan orang [yang faham] bola sepak di dalam kelab. Itu sahaja.”

Kali pertama timbul spekualasi  TMJ berminat  untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin.

Sekiranya pengambil alihan Valencia itu menjadi kenyataan, beliau akan mengikut jejak beberapa ahli perniagaan di negara ini yang memegang pemilikan kelab di Eropah seperti  Tan Sri Vincent Tan (Cardiff City, KV Kortrijk), Tan Sri Tony Fernandes (Queen Park Rangers) dan Datuk Dr. Nordin Ahmad (FC Bari).

Kredit Foto: Football 24

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai TMJ:

TMJ: Kerja Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar

TMJ, JDT Jadi Sumber Inspirasi Buat Kelab Indonesia Ini

PFAM: Sikap Prihatin Bukti TMJ Komited Jaga Hak Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN