Mahu 10 Tahun Di Manchester City, Sergio Aguero Tandatangani Kontrak Lanjutan Sehingga 2021

Aguero

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero membuktikan komitmen beliau terhadap The Cityzens selepas menandatangani kontrak lanjutan selama setahun.

Termeterainya perjanjian tersebut menyaksikan pemain antarabangsa Argentina itu akan kekal di Manchester City sehingga tahun 2021.

Menurut sumber Goal, berita tersebut telah menamatkan spekulasi mengenai masa depan Aguero di Etihad Stadium.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa beliau akan kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya, Independiente selepas Piala Dunia tempoh hari atau pada 2019.

”Saya gembira untuk tambahan tahun ini. Idea saya adalah untuk berada di sini untuk 10 tahun lagi.”

”Saya sudah tujuh tahun berada di sini, ia akan menjadi 10 tahun apabila kontrak saya tamat. Itu yang menjadi sebab utama saya menandatangani kontrak tersebut.”

”Saya sangat gembira kerana mereka melayan saya dengan sangat baik sejak hari pertama saya di sini.”

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 01: Sergio Aguero of Manchester City attempts a overhead kick during the Premier League match between Manchester City and Newcastle United at Etihad Stadium on September 1, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

”Saya juga sangat gembira dengan semua yang terlibat dengan kelab ini, rakan sepasukan saya dan pasukan pengurusan.”

”Ia benar yang kami mempunyai ramai bakat muda, di masa hadapan mereka dapat memberikan kelainan.”

”Pada masa yang sama pemain muda ini sudah pun meningkat seperti Leroy (Sane), Raheem (Sterling), Bernardo (Silva) dan Gabriel (Jesus).”

”Terdapat ramai pemain yang tidak memerlukan untuk meningkat dan belajar tetapi berada dalam kelab ini, anda perlu belajar dan meningkat dengan pantas berbanding orang lain.”

”Kami mempunyai skuad yang bagus, kami perlu untuk fokus dan jika kami memberikan 100% tumpuan, kami mempunyai banyak peluang untuk melakukan perkara yang hebat.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram