Mahkamah Tetapkan Ronaldinho Terus Dipenjara 6 Bulan Di Paraguay

Mahkamah telah menolak permohonan bekas bintang Piala Dunia Brazil, Ronaldinho untuk menjadi tahanan rumah untuk terus berada di tahanan penjara Paraguay sekurang-kurangnya untuk enam bulan.

Bekas penyerang Barcelona dan abangnya Roberto ditahan bersama pada Jumaat lalu kerana menggunakan dokumen palsu memasuki negara berkenaan.

Turut ditahan bersama kedua-dua adik beradik itu adalah rakan niaga mereka, dikenali sebagai Roberto Assis.

Mengikut perundangan, rakyat Brazil sebenarnya tidak memerlukan passport untuk memasuki Paraguay.

Tidak dapat dipastikan mengapa Ronaldinho memiliki dokumen palsu tersebut bersama dengan mereka ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan.

Kedua-dua adik beradik itu kini kekal dengan kawalan ketat pegawai penjara yang terletak di Asuncion selama enam bulan sehingga siasatan telah dilengkapkan, kata hakim kes, Gustavo Amarilla.

“Membebaskan Ronaldinho bermakna [mahkamah] melanggar proses keadilan atau boleh menyebabkan beliau melarikan diri,” ujar Amarilla kepada wartawan.

“Keberadaan mereka untuk terus berada di negara ini adalah wajib.”

Ronaldinho dan abangnya dilaporkan oleh ESPN FC telah menawarkan hartanah bernilai $770,000 sebagai jaminan, tetapi pendakwaraya Marcello Pecchi tetap menimbulkan keraguan kedua-dua tertuduh boleh melarikan diri.

“Penyiasatan baharu sahaja bermula, dan kami sedang melakukan semua sabitan berkaitan kesalahan yang mereka lakukan,” jelas Pecchi.

“Jika mereka dibenarkan pergi sekarang, mereka tidak boleh dibawa kembali untuk diadili kerana Brazil tidak akan mengekstradisi rakyatnya sendiri.”

Ronaldinho bergelar pemain bola sepak profesional sehingga 2015, namun masih lagi menjadi ikon popular bola sepak global.

Kehadiran Ronaldinho di Paraguay dilaporkan adalah atas jemputan oleh seorang pemilik kasino tempatan untuk tujuan amal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram