Kontrak Tak Disambung JDT, Mahali Jasuli Kini Dalam Radar Kuala Lumpur

Mahali

Pasukan Lembah Klang, Kuala Lumpur kini dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas pertahanan Selangor dan juga pemain kebangsaan iaitu Mahali Jasuli.

Mahali yang berhijrah Johor Darul Ta’zim (JDT) dari pasukan Selangor kini tidak lagi diperlukan khidmatnya di Larkin.

Lantas, pihak JDT mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak pemain tersebut.

Menurut Astro Awani, jurulatih Kuala Lumpur iaitu Fabio Maciel mengatakan beliau sememangnya meminati pemain seperti Mahali.

Malah, beliau turut berkata Kuala Lumpur kini berada dalam proses perbincangan untuk mendapatkan pemain yang beliau telah perhati semasa berada dalam barisan kejurulatihan Timor Leste.

Gambar: FAM

Mahali di permulaan kariernya menunjukkan prestasi yang memukau ketika beraksi untuk pasukan Selangor dan memainkan peranan penting dalam kejayaan Malaysia menjulang Piala AFF pada 2010.

Aksi cemerlangnya bersama Gergasi Merah telah menarik perhatian pasukan JDT dan beliau kemudiannya dilamar menyertai pasukan tersebut pada 2014.

Selain Mahali, Kuala Lumpur juga dikatakan dalam proses untuk mendapatkan pemain skuad B-23 negara iaitu Syazwan Andik.

Menurut Maciel, beliau sifatkan perpindahan pemain tersebut kini semakin hampir ke penghujung dengan Syazwan dijangka bakal sah menjadi pemain Kuala Lumpur dalam beberapa hari lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN