Mahali Jasuli Dan Safee Sali Antara Penjaring Dalam Kemenangan 4-1 PKNS Ke Atas Kelantan

Kelantan tersingkir daripada pusingan ke-3 Piala FA. Mereka disingkirkan oleh pasukan yang berada dalam prestasi agak baik iaitu PKNS.

Mahali Jasuli terus menjadi bualan ramai, apabila meneruskan sentuhan berbisa beliau bersama-sama dengan PKNS FC. Mana tidaknya, sejak menyertai PKNS FC beliau telah menunjukkan aksi luar biasa.

Beliau menjaringkan gol kedua PKNS pada minit ke-42 selepas jaringan awal oleh pemain import sensasi mereka Romel Ramirez, minit ke-15. Ramirez menyempurnakan sepakan penalti.

2 lagi gol pada babak kedua adalah sumbangan striker veteran, Safee Sali pada minit ke-60 dan Rafael Ramazotti pada minit ke-65.

Kelantan hanya mampu mendapat gol sagu hati menerusi Mohamed Ghaddar pada minit akhir perlawanan. Ghaddar menyempurnakan penalti.

Sebagai rekod, musim lalu Kelantan tewas di tangan PKNP FC pada pusingan kedua. Manakala PKNS FC pula disingkirkan Melaka United pada pusingan ke-3 pada musim lalu.

K.Rajagobal nampaknya sudah berjaya memperbaiki pencapaian tersebut. Kelantan pula dalam proses untuk membentuk pasukan yang stabil pada musim ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram