Mahali Jasuli Belum Puas Kecapi Nikmat Kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Mahali

Pemain berpengalaman, Mahali Jasuli menyimpan impian besar untuk meraih kejuaraan bersama kelab yang baharu sahaja disertainya iaitu Petaling Jaya City (PJ City) FC.

Meskipun sudah memenangi lapan kejuaraan termasuk Piala AFC 2015  ketika menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain berusia 30 tahun itu masih memburu koleksi kejuaraan bersama pasukan baharunya itu.

Menurut sumber Stadium Astro, Mahali mengakui beliau masih belum puas dalam mengecapi nikmat kejuaraan.

“Terus terang, saya masih dahagakan kejayaan dan masih belum puas dengan kejayaan dalam Liga Malaysia.

“Memang sasaran saya adalah untuk mencapai sebanyak mungkin kejuaraan dalam Liga Malaysia,” jelas Mahali kepada wakil Stadium Astro.

Dalam pada itu, Mahali turut menjelaskan sebab mengapa beliau memilih untuk menyarung jersi PJ City FC.

“PJ City mempunya visi dan misi yang jelas untuk saingan liga musim ini.”

“Jadi, saya rasa ia peluang yang baik untuk saya mencapai sekurang-kurangnya sasaran yang diletakkan pasukan ini,” ujar Mahali lagi.

PJ City menjadi antara pasukan yang sibuk pada jendela perpindahan kali ini apabila membawa masuk hampir 80% muka baharu ke dalam kelab tersebut.

Selain Mahali, skuad yang dibimbing K. Devan itu turut membawa masuk K. Gurusamy, Mohamad Amer Saidin, Muhamad Syazwan Zaipol Bahari, R. Kogileswaran dan beberapa pemain lagi.