Maguire Tak Pernah Terfikir Untuk Sertai Man. United

Pertahanan Leicester City, Harry Maguire menyatakan beliau menolak sama sekali untuk menyertai Man. United dalam jendela perpindahan yang lalu.

Maguire baru sahaja menandatangani kontrak 5 tahun dengan Leicester, yakin bahawa beliau membuat keputusan tepat untuk kekal.

Aksi cemerlang beliau musim lalu, serta prestasi beliau di Piala Dunia membuatkan nama beliau menjadi antara sasaran Man. United dalam jendela perpindahan lalu.

Jose Mourinho terdesak mahu mendapatkan pertahanan tengah yang berkualiti untuk dimasukkan dalam skuad beliau.

Selain Maguire, nama seperti, Toby Alderweireld, Jerome Boateng, dan Godin antara opsyen yang dikaitkan dengan Man. United.

Ditanya sama ada benar beliau hampir menyertai Man. United selepas laporan media menyatakan Maguire ada meminta untuk dijual ke Man. United. Ini komen beliau:

“Tak! Saya tak rasa begitu.”

“Ada sedikit minat daripada kelab lain, namun saya sentiasa mahu kekal selepas berbincang dengan pemilik Leicester.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Harry Maguire of Leicester City acknowledges the fans after the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Mereka mahu saya kekal di sini dan melanjutkan kontrak saya. Saya mahu bermain untuk kelab ini.”

“2 musim di sini sangat hebat untuk saya. Seelum ini saya tersingkir dengan Hull dan selepas itu menyertai kelab sehebat ini musim lepas.”

“Saya bermain setiap perlawanan di EPL dan berjaya bermain di Piala Dunia, layak ke separuh akhir. Itu semua buatkan saya sangat bangga.”

Maguire kini fokus dalam usaha membantu pasukan England untuk menghadapi kejohanan Negara-Negara Eropah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram