Macam Mana Sekali Pun, Scholes Mahu Man United Setia Dengan Ole

Paul Scholes

Legenda Manchester United, Paul Scholes mengatakan yang bekas kelabnya itu seharusnya terus kekal setia dengan pengurus iaitu Ole Gunnar Solskjaer.

Scholes yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Solskjaer mengharapkan pengurusan tertinggi kelab agar tidak panik dan membuang pengurus itu.

Sebaliknya, adalah lebih baik untuk mengekalkan Solskjaer sebagai pengurus sehingga akhir musim.

Bukanlah teruk mana

Walaupun dibarisi pemain-pemain handalan seperti Jadon Sancho, Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo, United masih lagi mempunyai masalah untuk konsisten dalam perlawanan.

Namun begitu, ianya tidaklah terlalu teruk pada pandangan Scholes.

“Banyak aksi menarik yang ditonjolkan pada permulaan musim selepas empat, lima perlawanan.”

“Mereka menewaskan Newcastle United 4-1 dan Leeds United 5-1, [cuma] perlawanan menentang Aston Villa dan Everton sedikit mengecewakan,” kata Scholes menerusi Goal.

Bagi lebih masa

Pada hemat Scholes, Solskjaer perlu memberikan lebih masa untuk memberikan kejuaraan.

Sehingga kini, beliau belum berjaya membawa kejayaan kepada United walaupun pernah layak ke perlawanan akhir Europa League musim lalu.

Bagi Scholes, kehadiran Solskjaer memberikan sinar baharu kepada pasukan kerana sebelum itu hala tuju United dilihat sedikit bercelaru.

“Kalau difikirkan balik pada tiga, empat tahun yang lepas, ianya begitu mengejutkan bukan? Tak seronok nak tengok United main sebelum Solskjaer hadir.”

“Ia memerlukan dua atau tiga tahun untuk membina skuad yang kita lihat seperti cantuman yang kecil yang menjadi besar dan perlu diletakkan di tempat yang betul.”

“Saya rasa beliau perlu diberikan peluang. Beliau telah membina skuad dan perlu diberikan setahun atau satu musim untuk tunjukkan yang dirinya mampu menguruskannya dan memberikan United kejuaraan.”

Kempen Premier League bagi United akan bersambung dengan mereka bertandang ke King Power Stadium untuk menentang Leicester City.

Perlawanan akan diadakan pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN