“Macam Dapat Gaji RM1200” – Penyokong Luah Rasa Kecewa Malaysia Kalah

Malaysia Jordan 4-0

Penyokong Malaysia nyata kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam aksi persahabatan menentang Jordan semalam.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan, Malaysia tumbang dengan jaringan 4-0 di tangan Jordan.

Empat Kesilapan Mudah Buatkan Malaysia ‘Lunyai’ Dibelasah Jordan

Macam dapat gaji RM1200

Reaksi yang diberikan oleh penyokong jelas sekali tidak menggambarkan yang mereka boleh menerima keputusan tersebut.

Menerusi tinjauan kami di laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), rasa tidak senang dengan keputusan itu hadir dalam siaran mengenai keputusan penuh perlawanan kedua-dua negara.

Tunjuan kami mendapati ada penyokong yang membandingkan aksi skuad negara begitu longlai seolah gaji mereka hanyalah RM 1,200 sahaja.

“Main macam dapat gaji basic¬†RM 1,200,” kata seorang penyokong Farril Hamdan.

Simpati buat Luqman

Dalam masa yang sama, penyokong turut meluahkan rasa simpati kepada penyerang muda, Luqman Hakim Shamsuddin yang diturunkan di separuh masa kedua.

Hal ini kerana, walaupun terdapat beberapa pergerakan direncana oleh penyerang itu tetapi beliau seolah-olah tidak menerima servis yang baik dari pasukan.

“Luqman masuk terus rajin nak menekan, Luqman tak berapa nak hidup sebab tengah tak berfungsi,” kata Athanasius Hardie.

Malah, ada juga yang berasakan Luqman lebih baik berbanding Guilherme De Paula.

Luqman lebih baik daripada De Paula? Anda tentukan.

Terdapat juga penyokong yang berasakan Luqman seolah-olah diboikot oleh pemain-pemain lain dalam skuad kebangsaan hinggakan beliau tidak dapat memegang bola.

Tapi kami tak rasakan begitu, ini mungkin cuma teori konspirasi dari penyokong ini saja. HAHA!

Secara keseluruhannya, penyokong jelas kecewa dengan apa yang dipersembahkan oleh skuad Cheng Hoe semalam.

Mungkin untuk perlawanan seterusnya, Cheng Hoe boleh meletakkan pemain-pemain lain pula seperti Quenting Cheng dan Arif Fadzillah untuk diuji pula.

Aksi seterusnya buat Malaysia adalah bertemu Uzbekistan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu).

Perlawanan akan diadakan pada jam 11 malam waktu Malaysia.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply