Maaf Chelsea, Manchester United Tetap Jadi Pilihan Hati Varane

Raphael Varane

Hatinya sudah terpaut, dan tidak mampu dicabar oleh pihak lain lagi.

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane sudah menetapkan hatinya untuk bersama-sama dengan Manchester United untuk musim baharu.

Beliau yang dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan itu sejak beberapa minggu ini kini semakin hampir untuk menyertai The Red Devils.

Menurut wartawan Fabrizio Romano, Varane mengakui mahukan pengalaman beraksi di Premier League dan United adalah pasukan yang mahu diwakilinya.

Tambah Romano lagi, minggu ini bakal menjadi detik penting buat masa depan Varane apabila Real dan United sedang dalam usaha untuk menyelesaikan segala urusan perpindahan pemain tersebut.

Varane dikhabarkan bersetuju dengan terma peribadi dalam kontrak beliau bersama United cuma hanya perlu disahkan beberapa perkara lagi.

Di peringkat antara kedua-dua kelab, bidaan rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat dengan Real dan United begitu komited dalam memastikan perpindahan ini berjaya dilakukan.

Dengan situasi ini, ia akan membuatkan tiada pasukan lain yang mampu menggugat United dalam misi mereka mendapatkan Varane.

Sebelum ini, Chelsea juga disebut-sebut mahu menganggu proses perpindahan ini akan tetapi Romano mengesahkan hanya United sahaja yang begitu serius untuk mendapatkan Varane.

Sekiranya perpindahan ini dapat disiapkan dalam minggu ini, dijangka Varane akan disahkan sebagai pemain baharu United pada minggu depan.

Baca juga artikel kami yang lain:

Benarkah Wijnaldum Tinggalkan Anfield Kerana Tak Tahan Perangai Penyokong Liverpool?

10 Kelab Eropah Berbelanja Paling Besar Tatkala Dunia Dilanda Pandemik

Wijnaldum Ke PSG Kerana Pochettino, Nafi Dipengaruhi Wang Lumayan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply