M3: Azmizi Azmi Jadi Koleksi Bekas Pemain Liga Super Terkini MNY FC

Azmizi Azmi

Walaupun saingan Liga M3 ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, ianya tidak menghalang MNY FC untuk terus menguatkan skuad yang ada.

Terkini, mereka mendapatkan seorang lagi bekas pemain Liga Super iaitu Azmizi Azmi.

Azmizi yang kini berusia 35 tahun merupakan pemain yang beraksi di bahagian pertahanan tengah. Beliau dijangka akan bersama-sama dengan Fiqrie Talib dan Fazrul Hazli melindungi gol MNY pada musim ini.

Selamat datang, Azmizi Azmi ⚽️🔥Klik link untuk membaca artikel kehadiran rekrut baharu kelahiran Perlis…

Posted by MNY Football Club on Saturday, May 29, 2021

Untuk rekod, Azmizi adalah salah seorang lagi rekrut berprofil tinggi MNY yang mempunyai pengalaman beraksi bersama-sama Kedah, Perak, PKNS dan juga FELDA United.

Dan beliau amat teruja untuk menempuh pengalaman beraksi di divisyen tiga negara bersama-sama pasukan Ipoh tersebut.

“Ini merupakan pengalaman baharu buat saya untuk beraksi dalam saingan Liga M3.”

“Ianya adalah satu cabaran buat saya untuk memberikan yang terbaik.”

Dengan hadirnya Azmizi Azmi ke dalam pasukan MNY, ianya menambah lagi jumlah bekas pemain Liga Super yang menyertai pasukan itu.

Sebelum kehadiran Azmizi, Fazrul dan Fiqrie bersama-sama Hafiz Kamal, Afiq Azmi dan Khairul Amri turut serta menyertai skuad kendalian S. Sathia Kumaran ini.

Baca juga artikel kami mengenai perkembangan terkini bola sepak Malaysia:

Pemain Muda Yang Gagal Capai Potensi Diserap Tetap Ke Harimau Malaya

G-Shock Harimau Malaya ‘Sold Out’, Pihak Ketiga Jual Sehingga RM1,899

Beberapa Pemain ‘Meletup’, Cheng Hoe Nasihat Jaga Emosi

Leave a Reply