Lyon Dapatkan Khidmat Bertrand Traore Hanya Dengan £8.8 Juta

Pembelian ini berpotensi menjadi salah satu pembelian terbaik dalam jendela perpindahan kali ini.

Mana tidaknya, prospek dari Burkina Faso, Bertrand Traore musim lalu antara pemain muda yang menyerlah bersama Ajax.

Traore dipinjam oleh Ajax dari Chelsea. Beliau menjadi senjata penting Ajax dalam persaingan liga dan kempen UEL.

Ajax menjadi naib juara dalam kedua-dua pertandingan tersebut musim lalu. Pemain sayap berusia 21 tahun ini menjaringkan 9 gol dalam 24 perlawanan liga.

Secara keseluruhannya beliau telah menjaringkan 13 gol untuk Ajax dalam semua pertandingan pada musim lalu.

Corak permainan beliau adalah jenis pemain sayap serangan yang lincah dan lasak. Beliau juga boleh dikira semakin matang di dalam padang keranan minit yang konsisten diberikan oleh Ajax kepada beliau musim lalu.

Traore turut menjadi perhatian beberapa kelab besar yang lain. Namun Lyon berjaya memenangi persaingan untuk mendapatkan pemain ini.

Lyon mengesahkan pemain tersebut bersetuju dengan kontrak 5 tahun yang ditawarkan oleh Lyon.

Sebelum ini, Traore menyertai Chelsea dari kelab Jeunes Espoirs De Bobo-Dioulasso pada 2013. Beliau kemudian dipinjamkan ke Vitesse Arnhem dan kemudiannya ke Ajax.

Traore menjaringkan 4 gol untuk Chelsea dalam 16 penampilan beliau.

Chelsea dilapor menyelitkan klausa beli balik (buy back) di dalam transaksi Bertrand Traore. Ini kerana mereka tahu pemain ini ada potensi yang besar.

Traore akan menjadi pemain penting untuk membentuk gandingan dengan pemain seperti Memphis Depay.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN