Luqman Hakim Ke Selangor II

Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin kini dilaporkan menyertai pasukan pembangunan Selangor iaitu Selangor II, lapor Harian Metro.

Luqman yang dikhabarkan akan terbang ke pasukan Belgium, KV Kortrijk kini akan beraksi bersama-sama pasukan Selangor II sementara perjalanan beliau ke negara itu masih lagi disekat.

Hal ini kerana, terdapat sekatan perjalanan untuk keluar dari Malaysia akibat penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, Luqman memang sudah bersama-sama dengan Selangor II tetapi hanya sekadar menumpang berlatih kerana tidak mahu tahap kecergasannya terganggu.

Namun, pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memandang ini sebagai satu peluang untuk pemain itu memperoleh minit bermain dengan cara beraksi untuk pasukan pembangunan mereka di Liga Premier.

Maka dengan itu, beliau boleh bermain untuk pasukan Selangor II sebaik sahaja Liga Premier bersambung semula.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Luqman dihalang daripada meninggalkan Malaysia.

Sebelum ini, beliau dinafikan peluang untuk berlatih bersama-sama kelab EFL Championship, Cardiff City akibat masalah Visa untuk memasuki United Kingdom.

Baca juga artikel kami mengenai Luqman Hakim:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram