Luqman Hakim Dalam Senarai 19 Pemain KV Kortrijk Untuk Aksi ‘Vincent vs Vincent’

Luqman Hakim KV Kortrijk 2020 Liga Belgium

Pertembungan yang digelar ‘Vincent vs Vincent’ menemukan antara KV Kortrijk dan Anderlecht nampaknya telah menarik perhatian majoriti warga Malaysia.

Ini apabila pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tersenarai dalam senarai 19 pemain untuk perlawanan tersebut yang akan berlangsung awal pagi nanti. Ia juga merupakan kali pertama beliau tersenarai dalam skuad yang dibawa ke saingan Jupiler Pro League selepas tiba ke Belgium pada pertengahan Ogos lalu.

Luqman Hakim sudah tampil beberapa kali dalam perlawanan tidak rasmi bersama skuad KV Kortrijk dan juga aksi liga simpanan bersama skuad B-21, malah telah meledak gol kemenangan 1-0 mereka ke atas Beerschot Wilrijk, minggu lalu.

Kenapa penyokong di sana menggelarkan ianya pertembungan ‘Vincent vs Vincent’? Ini kerana yang menarik perhatian adalah KV Kortrijk dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, sementara pengurus Anderlecht pula adalah lagenda dan kapten Manchester City, Vincent Kompany. Satu pertembungan yang menarik di Belgium.

Anderlecht pula bukan calang-calang pasukan kerana mereka merupakan antara pembekal utama pemain kepada skuad kebangsaan Belgium. Malah, mereka juga adalah juara 34 kali liga. Jadi, ia adalah satu pengalaman yang amat baik buatnya.

Jika beliau diturunkan, ia saat yang mungkin tidak akan dilupakan olehnya. Debut berdepan Anderlecht yang dibimbing bekas pemain berkelas dunia. Namun, walau apa pun, segalanya tertakluk kepada pengurus pasukan sama ada pemain berusia 18 tahun itu sudah bersedia untuk diturun di pentas saingan Eropah.

Laman web KV Kortrijk juga sudah mengeluarkan senarai rasmi dan nama Luqman Hakim sah berada dalam senarai selepas ciapan di Twitter mereka sebelum itu memberi gambaran yang pemain berasal dari Kota Bharu itu bakal tersenarai. Tulisnya, “We have a new name in our squad for tomorrow’s game!

Selain itu, Duta Belgium ke Malaysia, Pascal H. Gregoire turut dilihat memuat naik ciapan di Twitter mengenai penyenaraian Luqman Hakim.  Tulisnya dengan nada penuh semangat, “BREAKING. #Lucky @luqmansham10 SELECTED IN THE SQUAD FOR THE GAME AGAINST ANDERLECHT TOMORROW!”

Diturunkan beraksi atau tidak, pengalaman berada di bangku simpanan untuk satu pertembungan dengan kelab seperti Anderlecht pastinya dapat membantu beliau dari segi pengalaman dan juga meningkatkan keyakinan untuk terus berusaha keras bagi terpilih untuk aksi-aksi liga selepas perlawanan ke-10 ini lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: KV KORTRIJK

Baca lagi artikel mengenai Luqman Hakim dan KV Kortrijk:

Yang Di Malaysia, Tolonglah Jangan Malukan Luqman & Safawi

Selangor Capai Kata Sepakat, Lepaskan Luqman Hakim Ke KV Kortrijk

Luqman Hakim Bakal Sarung Jersi Nombor 9 Di KV Kortrijk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN