Lupakan Dahulu Piala Malaysia, Zaquan Mahu Fokus Kejuaraan Liga Premier Buat N. Sembilan

Zaquan Adha Negeri Sembilan

Walaupun undian Piala Malaysia 2021 telah pun diketahui keputusannya, kapten Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak merasakan beliau dan rakan sepasukan perlu mengutamakan terlebih dahulu aksi terakhir Liga Premier bertemu PDRM pada Selasa depan.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu akan menjadi penentu kepada kejuaraan Liga Premier.

Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC telah mengesahkan slot ke Piala Malaysia, manakala empat pasukan lain seperti PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC masih memburu dari baki tiga daripada lima slot yang ditawarkan untuk Liga Premier.

Bagi Zaquan, selepas 21 September ini, barulah beliau akan meneliti sejauh mana peluang Negeri Sembilan sama ada mereka diletakkan di Kumpulan A (posisi kedua Liga Premier) dan Kumpulan C (posisi pertama Liga Premier).

Memandangkan sasaran utama layak ke Liga Super untuk musim depan sudah dipenuhi, Negeri Sembilan menganggap peluang di Piala Malaysia adalah sebagai satu penghormatan.

“Buat masa ini fokus kami adalah mengenai kejuaraan Liga Premier kerana kami akan menghadapi satu perlawanan penting pada Selasa depan bertemu PDRM, selepas itu barulah kami akan melihat cabaran di Piala Malaysia,” ujar Zaquan kepada Media MFL.

“Mana-mana sahaja kumpulan kami akan diletakkan, Negeri Sembilan akan beri saingan sebaik mungkin kerana peluang bersaing di Piala Malaysia adalah satu penghormatan terbesar buat mana-mana pasukan.

“Sama ada kami dalam kumpulan dengan Penang FC atau Kedah Darul Aman FC, tidak jadi masalah kerana kita memang tahu kualiti yang ada pada pasukan Liga Super tetapi kita akan cuba bersaing.

“Mana-mana pasukan Liga Super bagi saya kekuatan mereka adalah sama, tiada istilah pasukan ini kuat, pasukan itu tidak kuat kerana Piala Malaysia adalah satu pertandingan yang berada di platform berbeza.”

Kepulangan Zaquan ke Negeri Sembilan pada musim ini dianggap tepat pada waktunya selepas 10 tahun berkelana ke beberapa pasukan sebelum kembali semula ke negeri kelahirannya.

Zaquan memilih untuk berhijrah ke beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim (JDT), jbersama abangnya Adil Zafuan.

Mereka kemudian berpisah pada 2017 apabila Zaquan menyertai Perak selama semusim dan kemudian ke Kuala Lumpur (2019) dan Kedah pada musim lalu.

Bekas penyerang kebangsaan itu kini merupakan penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan dalam saingan Liga Premier dengan tujuh gol, hanya satu gol di belakang penyerang import Alain Thierry Akono.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN