Penalti Ala Zaza Oleh Pogba Jadi Bahan ‘Troll’ Luke Shaw

Ketika perlawanan menentang Everton tempoh hari, Paul Pogba mengambil sepakan penalti yang ala Simeone Zaza. Para netizen ramai mengusik penalti itu. BBC melaporkan yang Paul Pogba mengambil 26 langkahan untuk sampai kepada bola.

Manchester United menang 2-1 hasil jaringan Pogba yang melakukan susulan sepakan penalti beliau – seterusnya adalah gol daripada Anthony Martial. Manakala Everton mendapat 1 gol menerusi penalti Gylfi Sigurdsson.

Cara Pogba berlari ketika sepakan penalti itu menjadi bahan usikan di media sosial. Ada yang membuat perbandingan penalti itu dengan Usain Bolt. Di mana Bolt lebih dahulu sampai ke garisan penamat 100 meter berbanding Pogba.

Jika anda terlupa, ini adalah cara Simeone Zaza melakukan salah satu penalti yang dianggap menghiburkan oleh peminat bola sepak.

Ada yang melakukan catatan larian Paul Pogba untuk jarak kira-kira 5.5 meter itu adalah 9.9 saat.

Sementara itu, Usain Bolt mecatatkan masa 9.58 saat ketika melakukan larian rekod dunia beliau satu ketika dahulu.

Rakan sepasukan Pogba, Luke Shaw mengambil kesempatan untuk mengenakannya. Luke Shaw menyatakan ada 2 perkara yang beliau sempat lakukan sementara menunggu Pogba menamatkan larian penalti beliau untuk melakukan rembatan.

Pertamanya adalah bangkit kembali. Dan kedua adalah memperbaharui kontrak. Beliau meletakkan tanda pagar dengan kapsyen #ThingsYouCanDoDuringPogbasPenaltyRunUp (perkara yang boleh anda lakukan ketika Pogba melakukan larian penalti).

Luke Shaw berjaya bangkit daripada musim suram di Old Trafford untuk menjadi pemain utama dalam skuad Jose Mourinho pada musim ini. Dan beliau sudah pun menandatangani lanjutan kontrak di Old Trafford kerana aksi cemerlang beliau musim ini.

Sebelum ini Luke Shaw dikatakan sudah tiada masa depan lagi bersama dengan Manchester United dan mustahil untuk beliau mendapat kontrak baharu. Tetapi pemain itu membuktikan sebaliknya. Pengurus beliau, Jose Mourinho sendiri kagum dengan semangat Shaw menjawab kritikan ke atasnya terutama sekali yang keluar daripada mulut Mourinho sendiri.

Namun ada juga yang menyatakan Luke Shaw mungkin juga menghantar isyarat bahawa Anthony Martial dalam proses untuk mendantangani kontrak baharu. Ini berdasarkan gambar yang dipilih oleh Luke Shaw. Sehingga kini, Martial masih belum memperbaharui kontrak beliau di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN