Luke Shaw: Pogba Ada Segalanya Untuk Jadi Pemain Terbaik Di Dunia

Iklan

Luke Shaw

Pertahanan kiri Manchester United, Luke Shaw mengakui rakan sepasukannya, Paul Pogba mempunyai segalanya untuk menjadi pemain tengah terbaik di dunia pada masa nanti.

Shaw juga dalam pada itu turut mendedahkan bahawa Pogba adalah pemain yang paling sukar baginya untuk mendapatkan bola ketika di sesi latihan pasukan.

Sejak kepulangan semula Pogba ke Manchester United dari Juventus pada musim 2016/17, beliau telah menjaringkan 31 gol dalam 143 penampilannya di semua pertandingan yang disertai The Red Devils.

Sehubungan dengan itu, Shaw percaya kualiti hebat yang ada pada Pogba masih belum dibuktikan sepenuhnya dan boleh dicungkil lagi oleh pemain berusia 27 tahun kelahiran Perancis itu.

”Saya tidak akan mengatakan ianya adalah satu ‘ketakutan’ kerana saya menikmati bermain bersama Rashy [Marcus Rashford] dan [Anthony] Martial kerana mereka berkemahiran dan berkualiti tinggi. Saya menyukai cabaran berdepan dengan mereka.”

Embed from Getty Images

”Setiap kali saya berhadapan dengan Anthony, saya gemar untuk berjenaka dengannya, banyak bercakap dengannya dan mengatakan kepadanya: ‘Saya datang kerana anda’,” ujar Shaw menurut laporan Goal.

”Sebenarnya, pemain yang paling sukar buat saya untuk mendapatkan bola adalah Paul [Pogba]. Dia sangat besar, kuat, dia mempunyai gerak kaki yang pantas.”

”Sejujurnya pada pandangan saya, dia mempunyai segalanya untuk menjadi pemain tengah terbaik di dunia.”

”Anda boleh tanyakan kepada mana-mana pemain di Manchester United. Saya memilih Paul sebagai lawan yang cukup sukar untuk mendapatkan bola ketika sesi latihan kerana saya tahu amat sukar untuk bersaing dengannya [mendapatkan bola].”

”Dia tahu bagaimana untuk melindungi [bola] dan dia juga mempunyai kualiti yang cukup hebat dalam melakukan percubaan dan hantaran,” ujar Shaw lagi.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel lain dari mengenai Luke Shaw:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram