Luke Shaw Akui Hampir Hilang Upaya Akibat Kecederaan Patah Kaki

Iklan

Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw mengakui karier bola sepaknya hampir berakhir selepas kecederaan patah kaki yang dialaminya pada September 2015.

Shaw mengalami patah di dua bahagian tulang kakinya dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven di pertandingan UEFA Champions League, yang turut menyaksikan Manchester United tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Rentetan kecederaan tersebut, Shaw turut mengalami kecederaan pangkal paha pada musim 2016/17, selepas sebelum itu menjalani pembedahan dua kali berikutan kecederaan yang dialaminya.

Disebabkan itu, Shaw lega kini kariernya seperti dihidupkan kembali, apatah lagi selepas dipanggil kembali untuk menyertai skuad England.

injury of Luke Shaw of Manchester United, Hector Moreno of PSV Eindhoven during the UEFA Champions League group B match between PSV Eindhoven and Manchester United on September 15, 2015 at the Philips stadium in Eindhoven, The Netherlands.(Photo by VI Images via Getty Images)

Melalui satu laporan oleh BBC, Shaw berkata:

“Saya menipu sekiranya sepanjang tempoh itu tidak pernah memikirkan untuk menyerah kalah dan menamatkan karier, ujar Shaw.

“Terlampau banyak komplikasin saya alami pada kaki saya, dan ia adalah tempoh yang sukar sepanjang karier saya setakat ini.

“Bagaimanapun sokongan mereka yang berada di sekitar saya, seperti rakan-rakan dan ahli keluarga telah membantu saya untuk melaluinya,” jelas Shaw mengenai siri kecederaan yang dialaminya.

Shaw juga mengakui kecederaan tersebut hampir meragut kakinya itu.

“Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa sebenarnya saya hampir hilang kaki. Saya sendiri hanya mengetahui selepas enam bulan kecederaan patah kaki berlaku apabila doktor sendiri yang memaklumkan kepada saya.

“Pada ketika itu, mereka sudah mahu menghantar saya balik ke Manchester. Dan jika ia berlaku, kaki saya mungkin terpaksa dipotong akibat darah beku dan implikasi lain yang berlaku.

Manchester’s defender Luke Shaw receives treatment for a double fracture of the leg during the UEFA Champions League Group B football match between PSV Eindhoven and Manchester United at the Philips stadium in Eindhoven, the Netherlands on September 15, 2015. PSV Eindhoven defeated Manchester 2-1. AFP PHOTO / JOHN THYS (Photo credit should read JOHN THYS/AFP/Getty Images)

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenainya. Dua kesan parut sepanjang kaki saya ini adalah kerana mereka (pakar perubatan) terpaksa menarik keluar untuk membetulkan tulang yang patah.

“Ia menjelaskan betapa serius kecederaan yang saya alami ketika itu.

“Hari ini saya sudah melupakan kecederaan tersebut. Saya berasa sangat kuat, dan kaki kanan saya sudah pulih sepenuhnya seperti ianya sebelum tercedera,” tambah beliau lagi.

Shaw adalah pemain muda termahal pada Jun 2014 pada usia 18 tahun apabila melengkapkan perpindahan bernilai £27 juta daripada Southampton ke Manchester United selepas sebelum itu tampil empat kali untuk England.

Selepas dipanggil semula ke skuad England oleh Gareth Southgate, Shaw kini bersedia untuk membantu Three Lions berhadapan dengan Sepanyol dalam pertandingan Nations League pada Sabtu, sebelum perlawanan persahabatan menentang Switzerland pada Selasa berikutnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram