Lukas Podolski Sarung Kasut Captain Tsubasa Semasa Penampilan Pertamanya Di J-League

Lukas Podolski merupakan antara penyerang yang cukup ampuh dengan rembatan kaki kirinya.

Kali ini, beliau membawa diri untuk menikmati suasana bola sepak Asia dengan beraksi di Jepun bersama Vissel Kobe dan jelas sekali beliau amat menyantuni budaya di sana.

Sebagai pengenalan kepada kehadiran beliau di Jepun, Podolski mengumumkan kehadirannya ke negara tersebut dengan melakukan video yang menyaksikan beliau mengamalkan gaya hidup seorang rakyat Jepun.

Pada penampilan pertama beliau bersama Vissel Kobe, beliau sekali lagi telah mencuri tumpuan para peminat bola sepak dunia apabila beliau menyarung kasut bola sepak khas.

Di kasut tersebut terpapar wajah Captain Tsubasa yang merupakan ikon animasi Jepun.

Captain Tsubasa merupakan watak animasi Jepun yang merupakan seorang pemain bola sepak dan watak tersebut menjadi idola serta pujaan seluruh dunia.

Lebih manis, Podolski mencatatkan aksi penampilan pertama yang cukup baik buat diri dan kelabnya apabila berjaya menjaringkan gol.

Dalam perlawanan menentang Omiya Ardija, bekas penyerang Arsenal itu menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukannya menang 3-1!

Lebih menarik, gol pertama beliau adalah rembatan jauh dari luar kotak penalti!

Tak hairanlah beliau jaringkan 2 gol, ambil semangat Captain Tsubasa rupanya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN