Lukaku Puas, Sarung Jersi Inter Seperti Idolanya Adriano

Romelu Lukaku melengkapkan perpindahan ke Inter Milan. Pemain itu sangat gembira dengan perpindahan itu. Beliau menyatakan sebelum ini bahawa hanya Inter Milan pilihannya.

Inter membeli Lukaku dengan harga £72 juta dan ada lagi bayaran tambahan selepas ini. Dalam satu sidang media, Lukaku memakai jersi Inter di hadapan wartawan dan beliau menyatakan beliau bangga kerana impiannya tercapai.

Impian Lukaku pada masa kecil adalah mengikut jejak langkah Adriano dalam persalinan Inter Milan.

Lukaku berkata: “Inilah jersi yang pernah saya pakai [ketika kecil], yang ada nama Adriano.”

“Beliau ada menghantar mesej kepada saya sebentar tadi, menerusi instagram, kerana saya sebelum ini ada bercakap tentang beliau. Saya pernah kata, ketika kecil saya berimpian ingin menjadi seperti beliau. Kerana beliau tinggi dan berkaki kidal.”

Ini bukan pertama kali Lukaku menyatakan bahawa Adriano adalah idola beliau. Misalnya, tahun lalu beliau pernah menyatakan perkara yang sama tentang The Emperor itu.

Semoga Lukaku mampu mengikut jejak langkah legenda Inter Milan itu di atas padang. Adriano dianggap antara no.9 terbaik dalam era beliau ketika zaman kegemilangannya.

Milan, ITALY: Inter Milan’s Brazilian forward Adriano reacts after missing a goal against Chievo Verona during their Serie A footbal match at San Siro stadium in Milan, 24 September 2006. AFP PHOTO / Paco SERINELLI (Photo credit should read PACO SERINELLI/AFP/Getty Images)

Lukaku diberikan jersi nombor 9 oleh Inter Milan. Dan beliau sudah tak sabar untuk memulakan aksi. Lukaku sudah memulakan latihan bersama skuad Inter Milan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram