Lukaku: Ole Mahu Saya Kekal, Tapi Saya Tak Cukup ‘Tenaga’ Untuk Main Di United

Kerjasama Semuanya BOLA

Dalam satu temubual, penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku mengatakan dirinya ‘tidak cukup tenaga’ untuk terus kekal di Manchester United sekalipun Ole Gunnar Solskjaer mahu beliau terus kekal di Old Trafford.

Perpindahan Lukaku ke kelab Serie A pada Ogos lepas mengakhiri kariernya selama dua tahun di United yang menyaksikan beliau kerap dikritik kerana prestasinya yang tidak konsisten terutamanya pada musim keduanya di kelab tersebut.

Pengurus United, Solskjaer pada September lepas mendakwa keputusan untuk melepaskan Lukaku adalah ‘pilihan tepat’ kerana ia membolehkan pemain muda seperti Mason Greenwood beraksi lebih kerap dalam skuad utama.

“Tahun yang buruk akan berlaku kepada sesiapa sahaja dalam kerjaya mereka. Itulah yang berlaku kepada saya. Kamu perlu tahu apa yang berlaku di balik tabir. Ianya benar-benar berlaku kepada saya.

“Saya berada dalam situasi yang amat sukar apabila terpaksa membuat keputusan untuk pergi ke tempat lain yang saya boleh belajar aspek lain dalam permainan dan dan bekerjasama dengan orang yang memerlukan saya.

“Memang Ole mahu saya kekal, tetapi saya katakan padanya ia telah berakhir. Saya sudah tiada tenaga lagi. Kredit untuk beliau yang membantu saya untuk keluar dari sana.”

Selepas menempuh permulaan musim yang mencabar, prestasi The Red Devils kini semakin meningkat dan mereka sedang berusaha untuk memburu kedudukan empat pasukan teratas liga.

United turut masih bersaing di Piala FA dan mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Europa sebelum semua pertandingan dihentikan ekoran penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di Eropah ketika ini.

Mengulas mengenai bekas pasukannya itu, Lukaku nyata gembira dengan perubahan mendadak yang sedang berlaku selepas United berjaya mendapatkan beberapa pemain yang betul.

Lukaku menjaringkan 42 gol dalam 96 perlawanan untuk United, tetapi rekod jaringannya bersama Inter jauh lebih baik selepas mencatatkan 23 kali dalam 35 perlawanan setakat ini.

Pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan beliau hampir-hampir menyertai Juventus tetapi pengurus Inter, Antonio Conte telah memainkan peranan penting dalam mengubah keputusannya.

Lukaku kini sedang dikuarantin selama sembilan hari dan Itali masih mengekalkan perintah berkurung. Bekas penyerang Chelsea itu mengakui agak sedih kerana tidak dapat berjumpa anak kecilnya dan juga ibunya yang sedang uzur kerana penyakit kencing manis.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Romelu Lukaku:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram