Lukaku Label Mourinho Jujur Dan Tidak Pandai Main Emosi Seperti Pengurus Lain

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku menganggap pengurus pasukan, Jose Mourinho sebagai pengurus yang jujur dan tidak pernah berselindung di sebalik emosi seperti pengurus lain di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mourinho mahukan lebih penghormatan daripada pihak media dalam sidang media panas selepas kekalahan 3-0 kepada Tottenham Hotspur pada bulan lalu.

Bercakap mengenai pengurus tersebut ketika ditemubual oleh Dion Dublin dalam rancangan Football Focus di BBC One, Lukaku menyifatkan pengendali dari Portugal itu sebagai jujur, dan tidak pernah bersembunyi di sebalik emosi yang ditunjukkannya.

(Photo by Francois Nel/Getty Images)

“Ramai orang tahu bahawa Mourinho adalah seorang pemenang. Tetapi apa yang saya gemar mengenai beliau ialah Mourinho tidak pernah menipu di sebalik emosi yang ditunjukkannya.

“Apabila beliau marah terhadap anda, maka anda akan tahu. Apabila beliau gembira, maka beliau gembira,” ujar Lukaku.

Manchester United menamatkan saingan EPL pada musim lalu di tangga kedua, namun sudah merekodkan dua kekalahan dari empat perlawanan pertama saingan pada musim ini.

Lukaku berkata Mourinho adalah pengurus yang tidak lari untuk berhadapan dengan konfrontasi jika tidak gembira dengan pemain, atau prestasi pasukan.

“Kekadang pemain bola sepak ini ada titik lembut. Jika dibandingkan pemain era dahulu dan sekarang, bermakna pengurus tidak boleh berbicara mengenai seseorang pemain kerana mereka rasa seperti diserang.

“Tetapi saya tidak fikir seperti ianya satu serangan jika Mourinho berkata sesuatu mengenai saya. Itu disebabkan oleh siapa diri saya.

“Saya adalah seorang kental. Sifat itu bukan datang dari bola sepak, tetapi kerana latar belakang saya,” tambah Lukaku yang pernah berhijrah dari Chelsea untuk ke Everton demi mendapatkan minit dan peluang beraksi di dalam kesebelasan utama.

“Hubungan saya dengan Mourinho adalah sangat baik. Beliau membuatkan saya ketawa. Beliau membuatkan semua pemain ketawa kerana Mourinho adalah seorang lelaki yang mementingkan asas kekeluargaan.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Kebanyakkan pengurus lain di sini akan mencari cara berpura-pura gembira dengan anda walaupun sebenarnya tidak. Anda harus hormati kualiti tersebut yang ada pada Mourinho.

“Di sini, beliau sentiasa mahu setiap pemain untuk menjadi lebih baik. Mourinho adalah seorang lelaki normal dan mudah didekati. Beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemain,” ujar Lukaku mengenai pengurusnya itu.

Ketika berada di bawah bimbingan Jose Mourinho di Chelsea, Lukaku pernah dipinjamkan ke West Brom dan Everton, sebelum berpindah secara tetap ke Goodison Park pada 2014.

Chelsea manager Jose Mourinho (right) chats with Romelu Lukaku (left) on the touchline (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Pada ketika itu timbul spekulasi mengatakan kedua-dua pemain dan pengurus itu tidak mempunyai hubungan yang baik di Stamford Bridge.

Namun setelah mengambil alih pengurusan di Old Trafford, pengendali dari Portugal itu berjaya meyakinkan Lukaku untuk kembali bergandingan dengannya di Manchester United.

Musim lalu Lukaku adalah penyerang utama Manchester United selepas pemergian Zlatan Ibrahimovich, menjaringkan 19 gol daripada 38 penampilan EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN