Lukaku Kritik Taktikal Solskjaer Yang Jadikannya ‘Target Man’ Klasik

Romelu Lukaku sebelum ini mengkritik penyokong Manchester United kerana menurut beliau, para penyokong United sentiasa mencari kambing hitam. 3 pemain yang sentiasa menjadi kambing hitam adalah beliau, Pogba dan Alexis Sanchez.

Dan selepas itu, Lukaku mengarahkan kritikan beliau ke atas Soslkjaer. Lukaku tidak selesa dengan peranan target man yang digunakan oleh Solskjaer kepada beliau.

Lukaku juga kecewa dengan kenyataan Solskjaer yang dengan terbuka menganggap beliau adalah ‘target man’.

Target man merujuk kepada pemain penyerang yang menunggu di dalam kotak penalti. Dan biasanya mereka pemain yang berbadan besar yang sangat kuat secara duel.

Lukaku kemudian mendedahkan taktikal Solskjaer menjadikan beliau target man membuatkan dirinya sukar memberikan aksi terbaik.

Lukaku membandingkan peranannya di Belgium dengan di Manchester United di bawah kendalian Solskjaer. Lukaku mengakui Solskjaer gemarkan sistem yang lebih fluid di serangan, namun beliau tidak gembira diletakkan sebagai ‘target man’.

Bercakap dana temuramah podcast Lightharted, Lukaku berkata: “Ramai orang cuba menjadikan saya pemain yang bukan diri saya sebenar.”

“Disebabkan saya berbadan besar, mereka terus ingat saya adalah penyerang tradisional, yang gemar bergasak dengan pertahanan, mengekalkan bola, membuka ruang kepada pemain lain dan memberikan bola kepada pemain lain.”

(Nota editor: Lukaku memaksudkan pemain ‘target man’ yang dijadikan pemain yang menerima bola di dalam kotak penalti dan melakukan ‘setting’ bola kepada pemain lain)

“Sebenarnya saya bukan pemain seperti tiu. Saya adalah penjaring gol 100%. Saya perlu berhadapan dengan gol. Itu akan membuatkan saya bahaya.”

“Sebab itu, ketika bermain untuk Belgium, saya lebih bahaya, kerana sistem permainan membolehkan saya sentiasa bertentang dengan gol.”

“Saya tidak boleh membelakangkan gol, saya perlu sentiasa menghadapnya.”

“Corak permainan di bawah Ole, jelas sekali beliau sukakan lebih ofensif, laju dan tempo tinggi. Namun di bawah Mourinho, beliau sukakan permainan lebih terurus dan cuba mengeksploitasi kesilapan pasukan lawan.”

https://twitter.com/FootyNewsMedia/status/1164510041644212225

Lukaku kemudian menyatakan beliau penyerang serba boleh. Beliau boleh bermain dalam mana-mana sistem – terutama sekali sebagai penyerang moden.

“Jujurnya, saya boleh bermain dalam mana-mana sistem. Ada yang tidak yakin saya boleh bermain dalam kedua-dua sistem, kerana postur badan saya. Mereka selalu ingat, ‘Rom pemain besar’.”

“Mereka fikir saya pemain yang bermain ala pivot di serangan. ‘Hold’ bola dan mengumpan kepada pemain lain. Itu tidak betul.”

“Sebab itu di Belgium, saya pemain berbeza. Di Belgium, kami bermain lebih laju. Kami bermain sistem serangan pantas.”

“Corak permainan saya di Belgium adalah corak yang saya idamkan saya dapat bermain di Man. United.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN