Lukaku Hasut Sanchez Tinggalkan Manchester United

Manchester United dan Inter Milan kelihatan seperti berhubung rapat sepanjang jendela perpindahan musim panas kali ini.

Pada mulanya, kelab dikenali sebagai Nerazzuri mahu mendapatkan pemain penyerang, Romelu Lukaku – dan mereka berjaya melakukannya.

Kali ini, Inter mensasarkan Alexis Sanchez. Perjanjian secara pinjaman dikatakan telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab, dan Lukaku dikatakan memainkan peranan beliau terhadap perpindahan tersebut.

Tiga sebab mengapa Inter Milan harus berterima kasih kepada Manchester United pada musim panas ini adalah kerana – membenarkan mereka mendapatkan Romelu Lukaku, mendapatkan Sanchez secara pinjaman, dan United juga dikatakan akan membayar sebahagian besar dari pemain antarabangsa Chile itu di Serie A.

Bekas bintang Arsenal itu dikatakan akan melengkapkan perpindahan selama setahun ke Itali, dan Inter dikatakan mempunyai pilihan sama ada akan membeli atau tidak pemain itu selepas tamat perjanjian tersebut.

Keseluruhan senario tampak hanya menguntungkan Inter Milan. Namun semua itu tidak akan mungkin berlaku tanpa penglibatan Lukaku.

Menurut laporan Daily Mail, Lukaku adalah individu yang meyakinkan Sanchez untuk kembali ke Itali. Pemain antarabangsa Belgium itu dikatakan menghubungi Sanchez secara kerap untuk menceritakan keindahan Itali – kediaman bahari – dan impak positif yang beliau lalui.

Malah Lukaku turut dikatakan telah membandingkan persekitaran kediaman di Itali yang jauh lebih baik daripada yang mereka miliki di Manchester sebelum ini.

Hanya selepas itu Sanchez dikatakan sanggup berhijrah ke Inter, sekaligus menjadikan Inter berjaya menandatangani dua nama besar sebelum jendela perpindahan ditutup pada 2 September hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram