Lukaku: Bola Sepak Sedang Mengundur Kerana Rasisme

Romelu Lukaku memberikan pandangan peribadi beliau menerusi media sosial tentang isu perkauman yang melanda.

Lukaku mangsa terbaru perkauman di Itali. Beliau diejek dengan bunyi monyet ketika meraikan gol kemenangan ke atas Cagliari.

Agak ironi, tempat yang sama, yang telah menjadi tempat kepada beberapa insiden perkauman sebelum ini termasuk, Samuel Eto’o, Blaise Matuidi, Muntari, dan Moise Kean. Kesemua mereka diejek oleh penyokong Cagliari dengan rasis.

Lukaku juga menggariskan isu perkauman yang menebal melibatkan beberapa pemain minggu lalu di England. Ini termasuk Paul Pogba, Tammy Abraham dan Marcus Rashford.

Lukaku dalam nukilannya berkata: “Ramai pemain bulan lalu menderita oleh kerana serangan rasis. Dan saya mengalaminya semalam.”

“Bola sepak adalah sukan yang harus dinikmati oleh semua orang, dan kita tidak seharusnya menerima sebarang unsur diskriminasi.”

“Saya berharap persatuan bola sepak di seluruh dunia memberikan reaksi tegas kepada semua kes diskriminasi.”

“Media sosial harus berfungsi dengan lebih baik. Kerana, setiap hari anda akan melihat komen-komen rasis.”

“Kita telah membincangkan perkara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan masih tiada tindakan.”

“Tuan-tuan dan puan-puan, kini sudah 2019, dan kita sedang mengundur ke belakang.”

Seterusnya, Lukaku menyeru agar semua pemain bersatu, menyeru agar permainan bola sepak ini terus bersih dan dinikmati semua orang.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply