Luka Modric: “Saya Tak Rasa Ronaldo Akan Tinggalkan Real Madrid Untuk Juventus”

Adakah Cristiano Ronaldo akan benar tinggalkan Real Madrid?

Ketika spekulasi kian memuncak dengan pemain itu bakal berpindah ke Juventus, rakan sepasukan beliau iaitu Luka Modric yakin pemain itu tidak pergi meninggalkan Real Madrid.

Modrid yang kini bersama Croatia di saingan Piala Dunia memilih untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam hal ini.

“Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan jadi.”

“Saya tak rasakan beliau akan pergi tinggalkan kami di Real Madrid, saya mahu beliau kekal di sini sebab beliau adalah pemain terbaik di dunia.”

Tambah Modric, beliau sebenarnya tidak dapat bayangkan bagaimananya rupa Real Madrid andai Ronaldo pergi meninggalkan kelab tersebut dan jersi nombor 7 diisi pemain lain.

“Sekali lagi saya katakan, saya mahukan dia kekal di sini.”

“Jika beliau kekal di Real Madrid maka ia satu berita baik buat kami, saya tidak boleh bayangkan jika beliau tidak lagi berada bersama kami di sini.”

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 25: Cristiano Ronaldo of Real Madrid CF celebrates with Luka Modric after scoring his team’s 3rd goal from a penalty rebound during the La Liga match between Real Madrid and Malaga at Estadio Santiago Bernabeu on November 25, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Ronaldo ketika ini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus selepas kelab Itali itu bersedia untuk membayar perpindahan sebanyak €100 juta.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan kepada Ronaldo yang sekiranya pemain itu mahu meninggalkan kelab – beliau harus mengumumkannya kepada media.

Hal ini kerana, Perez tidak mahu perpindahan beliau ke Juventus dilihat sebagai tindakan kelab yang mahu menjualnya sebaliknya kerana kemahuan pemain itu sendiri untuk keluar dari Real Madrid.

Hal ini serupa dengan situasi Xabi Alonso apabila beliau diarahkan untuk bercakap dengan media yang beliau akan meninggalkan kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN