Luis Suarez Tersilap Ucap ‘Vanakkam’ Sempena Tahun Baru Cina?

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan sering dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Apa tidaknya. Dengan kepelbagaian dari segi suku kaum dan agama, kita boleh hidup bersama-sama dengan harmoni di sebuah negara.

Setiap tahun juga kita menyambut pelbagai perayaan sesuai dengan kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Menariknya, kita raikan setiap perayaan itu bersama-sama.

Baik ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, atau pun Krismas, rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk menunggu setiap perayaan.

Bukan hanya kerana acara sambutan pada setiap perayaan yang dinantikan. Lebih daripada itu, pelbagai jenis juadah istimewa dan juga cuti am pada setiap perayaan, menjadikan setiap perayaan di Malaysia adakalanya bagaikan sebuah festival perayaan.

Malaysia dan kepelbagaian

Bagi rakyat asing, mereka sentiasa kagum akan keunikkan cara hidup rakyat Malaysia yang majmuk. Melayu, Cina dan India adalah kaum terbesar di Semenanjung Malaysia. Manakala Iban dan Kadazan majoriti berada di Sabah dan Sarawak.

Menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia memiliki lebih daripada 80 kaum etnik, daripada Perlis sehinggalah ke Sabah. Bayangkan jumlah perayaan yang kita raikan.

Duta Tourism Malaysia

Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika ada yang terkeliru dengan perayaan-perayaan yang ada di Malaysia. Tidak terkecuali ialah penyerang Barcelona dan Uruguay, Luis Suarez.

Luis Suarez merupakan duta pelancongan Malaysia yang dipilih oleh Tourism Malaysia untuk mempromosikan negara kepada generasi millenial (golongan yang lahir pada era 1981-2001).

Perjanjian di antara pemain tersebut bersama Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia adalah selama setahun dan ditandatangani pada November tahun lalu.

Vanakkam?

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, tidak hairanlah pemain tersebut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia, terutama  kepada masyarakat Cina yang meraikannya.

Namun demikian, ucapan tersebut kelihatan janggal kerana Suarez mengucapkan ‘Vanakkam’ atau dalam Bahasa Tamil ialah ucapan Selamat.

Ucapan selamat tersebut dimuat naik ke dalam akaun Facebook rasmi pemain tersebut dan telah mendapat lebih daripada 17,000 reaksi daripada pengikut beliau.

Tidak kurang juga 450 komen, termasuk daripada rakyat Malaysia yang cuba melakukan pembetulan. Ia agak kelakar bukan?

Kenyataan tersebut berbunyi:

“Selain daripada meraikan dan menikmati kepelbagaian budya di Malaysia, saya turut belajar beberapa perkataan asas di Malaysia. Mungkin saya boleh menggunakan perkataan ini ketika saya berkunjung ke Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina semua. Malaysia ialah sebuah negara yang meraikan kepelbagaian.”

Beserta kenyataan tersebut, gambar Suarez berlatarbelakangkan Tugu Dewa Murugan yang berada di pintu masuk Batu Caves.

Penutup

Sama ada ini adalah kesilapan atau tidak, maafkan Luis Suarez. Beliau mungkin belum memahami perbezaan perayaan oleh pelbagai suku kaum dan agama di negara ini.

Jika ia adalah jenaka, kami mengakui ia adalah sesuatu yang kelakar. Jika ia adalah satu kesilapan, kami mengharapkan pihak Tourism Malaysia mengambil tindakan untuk membetulkannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN