Luis Milla Hadiri Temuduga Jawatan Ketua Jurulatih Indonesia

Indonesia kehilangan khidman Simon McMenemy beberapa minggu lalu. Dan kini mereka mencari pengganti kepada McMenemy.

Jawatan sebelum ini dipegang oleh Yeyen Tumena secara interim.

Dan semalam Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memuat naik kemaskini usaha pencarian jurulatih baharu mereka.

PSSI mengesahkan mereka telah menjemput bekas ketua jurulatih Indonesia sebelum ini, iaitu Luis Milla untuk membentangkan idea beliau.

Luis Milla menerima undangan PSSI untuk temuduga tersebut. Luis Milla merupakan jurulatih yang menjadi kegemaran penyokong Indonesia.

Ini kerana, menurut mereka, Luis Milla sebelum ini telah membentuk skuad Indonesia yang mantap dari segi taktikal.

Sudah beberapa tahun mereka merintih dan mendesak PSSI mengembalikan Luis Milla sebagai ketua jurulatih mereka.

Selain daripada Luis Milla, PSSI mengesahkan, mereka juga ada menjemput untuk menemuduga calon lain iaitu Shin Tae Yong – jurulatih dari Korea Selatan.

Shin Tae Yong merupakan nama besar dan juga jurulatih yang memiliki profil yang tinggi.

Shin Tae Yong adalah bekas ketua jurulatih Korea Selatan. Beliau pernah membantu Korea Selatan mara ke Piala Dunia 2018 dan menjadi juara EAFF East Asian Cup pada 2017.

Indonesia mahu memperbaiki prestasi pasukan kebangsaan mereka. Dalam kempen kelayakan Piala Asia/Piala Dunia kali ini, mereka mencatatkan 5 kekalahan daripada 5 perlawanan.

Menjadikan mereka satu-satunya pasukan dalam kumpulan G, yang masih gagal mengutip sebarang mata. Mereka tewas 2 kali di tangan musuh utama mereka iaitu Malaysia.

Indonesia kini sebaris dengan Guam, Chinese Taipei dan Sri Lanka, menjadi pasukan yang masih belum mengutip sebarang mata dalam pusingan kelayakan, walaupun 1 mata sekalipun.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram