Luciano Figueroa Gembira Dengan Gandingan Mantap Adam Nor Azlin Dan Mauricio

Jaringan tunggal daripada Gonzalo Cabrera telah memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas menewaskan Perak 1-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

Ia adalah kali keempat JDT merangkul trofi berkenaan dan turut mengutip tiga mata di laman sendiri untuk saingan Liga Super 2019.

Namun disebalik kejayaan tersebut, pengurus skuad itu, Luciano Figueroa memuji gandingan mantap pemain muda negara, Adam Nor Azlin dengan pemain import berpengalaman, Mauricio Dos Santos di bahagian pertahanan.

JDT rangkul kejuaraan Piala Sumbangsih kali ke 4. FOTO: JST

Dalam perlawanan itu, JDT menafikan beberapa peluang keemasan dari pihak lawan dan berjaya memastikan gawang gol tidak dibolosi dengan mudah.

“Pada saya, gabungan Adam Nor Azlin dan Mauricio adalah sangat hebat. Adam merupakan pemain muda yang hebat. Mereka berdua bermain bersama dengan sangat baik dan saya amat gembira.

“Kami mempunyai barisan pemain yang hebat dan mempunyai tahap permainan yang sama. Anda sendiri dapat melihat bagaimana Adam bermain pada hari ini, walaupun tahun lepas beliau tidak pernah diturunkan untuk bermain. Begitu juga dengan Afiq Fazail, beliau telah bermain dengan baik. Ini merupakan petanda baik buat kami,” katanya melalui kenyataan di laman facebook Johor Southern Tigers.

Beliau juga memuji prestasi penyerang muda, Safawi Rasid walaupun pemain kelahiran Terengganu itu mengalami sedikit kesukaran untuk menyudahkan peluang yang terhidang.

“Mengenai Safawi, corak permainan beliau pada perlawanan kali ini tidak begitu sempurna. Ini kerana kita semua tahu kemampuan yang beliau mampu berikan kepada pasukan. Namun bagi saya, ini juga satu perlawanan yang bagus untuk beliau.

“Kita tidak boleh terus mengatakan bahawa beliau memang tidak boleh menjaringkan gol sedangkan beliau telah mencuba dua hingga tiga peluang untuk menjaringkan gol. Tidak mengapa, kerana inilah bola sepak. Beliau tidak boleh menjaringkan kesemua peluang yang beliau perolehi.

“Kini kami hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk perlawanan berikutnya bertemu pasukan Kuala Lumpur. Kami masih mempunyai masa untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan prestasi pasukan.

“Kami juga akan membuat sedikit kajian mengenai pasukan Kuala Lumpur. Buat masa ini biarkan saya berasa gembira dahulu,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN