Bintang Muda Uruguay, Lucas Torreira Diambang Penyertaan Ke Arsenal

Pengurus baharu Arsenal, Unai Emery nampaknya serius untuk mengukuhkan benteng skuadnya. Kini, dia dalam pemburuan pemain tengah pertahanan, Lucas Torreira.

Arsenal setakat ini telah mengesahkan penyertaan pertahanan sayap, ‘The Swiss Express’ Stephan Lichsteiner secara percuma dari kelab Itali, Juventus pada 5 Jun lalu.

The Gunners turut dikhabarkan telah sah menandatangani pertahanan tengah, Sokratis Papastathopoulos dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan £17.5 juta.

Kehadiran Sokratis dikatakan hanya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 1 Julai depan. Begitupun, menurut Metro, bapa Sokratis telah mendedahkan perkara ini.

Kini, pemain muda Uruguay, Torreira pula berada dalam radar Emery untuk menambah kekuatan fizikal di benteng. Torreira berusia 22 tahun dan beraksi di posisi tengah bertahan.

Lucas Torreira
Foto: Simone Arveda/EPA

Dia adalah pemain yang dinamik dan memiliki sepakan padu serta biasa meledak gol-gol menerusi set-piece di Sampordia. Dia merupakan pemain tengah yang keras dan agresif.

Torreira telah lama dipantau oleh ketua pemantau bakat, Sven Mislintat semenjak dari era Arsene Wenger, namun kini Arsenal dikatakan sudah serius untuk mendapatkannya.

Menurut laporan Daily Mail, Sampordia khabarnya telah menerima tawaran £26.5 juta Arsenal kepada pemainnya itu dan pembayaran dijangka akan dibuat berkala dalam tempoh 3 tahun.

The Gunners juga menambah nilai perpindahan tersebut untuk menewaskan persaingan daripada Napoli yang turut berminat untuk mendapatkan tandatangannya.

Arsenal kini dalam proses akhir perbincangan dengan wakil pemain tersebut di Milan dan telah menawarkan kontrak 5 tahun kepadanya dengan keyakinan dia akan bersetuju.

Lucas Torreira
Foto: Marco Rosi/Getty Images

Torreira yang baharu memiliki 3 kaps bersama Uruguay kini berada di Rusia untuk saingan Piala Dunia 2018. Dijangka dia antara pemain muda yang akan menjadi tumpuan di Rusia.

Sampordia sebelum ini telah menjelaskan bahawa mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkannya perlu mula membida dengan nilai klausa pelepasannya.

“Semua orang tahu. Sesiapa sahaja yang mahukan Torreira perlu usahakan klausa pelepasannya dahulu, £26 juta,” ujar Presiden Sampordia, Massimo Ferrero.

Sementara itu, Arsenal turut dikatakan dalam pemburuan penjaga gawang baharu. Namun dengan bajet perpindahan yang semakin menipis, Emery perlu melepaskan beberapa pemainnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN