LuahanSB #001: Letakkan Sasaran Yang Realistik Untuk Skuad Muda Barcelona

Saya ingin memberi pendapat saya mengenai situasi di FC Barcelona.

Pada pendapat saya, pengurus Barcelona, Ronald Koeman perlu diberi masa dan sokongan bukan sahaja daripada pihak pengurusan bahkan penyokong.

Kita sedia maklum penyokong merupakan pemain no.12 bagi sebuah kelab bola sepak. Saya menyuarakan pendapat dari sudut peminat bola sepak neutral.

Kita juga perlu memahami bahawa squad depth yang dimiliki FC Barcelona mempunyai masalah di beberapa posisi dan pemain-pemain muda memerlukan masa untuk meningkatkan mutu permainan mereka.

Kita sedia mengetahui bahawa masa adalah segala-galanya dalam bolasepak. Saya mengharapkan agar penyokong setia Barcelona sentiasa menyokong kelab di kala susah mahupun senang dan perlulah bersikap realistik.

Kelab Barcelona rata-ratanya dibarisi pemain muda jadi kita tidak patut meletakkan sasaran yang tidak realistik untuk pasukan Barcelona yang sedia ada.

Sabar dan tetaplah setia bersama kelab kesayangan anda.

Anda mahu meluahkan apa yang terbuku dalam hati mengenai bola sepak tetapi tiada tempat? PM kami dan kami akan siarkan, jangan risau kami akan hide profile jika anda mahu.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply