Luahan Aidil Sharin, Kpah Sherman Di IG Beri Gambaran Situasi Di Kem Kedah

Aidil Sharin

Selain Ifwat Akmal dan Kpah Sherman, kali ini dilihat pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak pula ‘bersuara’ di Insta Story yang memberi gambaran masalah tunggakan gaji.

Kedah sedang mengalami masalah tunggakan gaji sejak bulan Februari yang lalu dan perkara ini sudah beberapa kali ditimbulkan oleh pemain-pemain, namun ianya dilihat masih belum dapat diselesaikan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Aidil Sharin bimbang

Beberapa hari lalu, Astro Arena telah menyiarkan kebimbangan pengendali kelahiran Singapura itu mengenai tunggakan gaji yang dilihat boleh mengganggu persediaan pasukan menjelang penyambungan semula saingan Liga Super 2020 nanti.

Dijangkakan boleh bermula seawal Ogos atau selewat-lewatnya September, semua pasukan Liga Super dan Liga Premier sudah memulakan kembali sesi latihan selepas memperolehi lampu hijau untuk turun ke padang daripada pihak kerajaan.

“Secara jujurnya, saya berasa bimbang, Setiap hari, saya bertemu pemain-pemain di padang latihan. Kami tidak mahu soalan mengenai gaji dibangkitkan,” tegas Aidil Sharin sambil menyatakan yang mereka masih kekal profesional bersama pasukan.

Namun beliau amat berharap yang mereka akan mendapat peluang untuk bertemu pihak pengurusan yang telah berubah wajah baru-baru ini. “Kami perlu memainkan peranan dan menunggu peluang untuk bertemu pihak pengurusan,” ujarnya.

Insta Story Aidil Sharin dan Kpah Sherman

Dalam muat naik Insta Story Aidil Sharin, beliau menulis, “Seseorang tidak tinggalkan pekerjaan yang buruk, tetapi mereka pergi meninggalkan bos yang buruk.”

Penyerang sensasi, Kpah Sherman yang sebelum ini dilihat banyak bersabar melalui situasi sukar tunggakan gaji pula dilihat sudah tidak mampu bertahan lagi apabila dilihat meninggalkan persoalan, “Kami perlu menanti berapa bulan lagi?”

Perubahan pengurusan pasukan dilihat mampu memberikan sinar si hujung terowong kepada Kedah, namun sehingga kini, belum ada apa-apa perkembangan positif dan situasi ini boleh menjadi buruk apabila saingan liga kembali bersambung.

Adakah pemain-pemain akan kekal positif? Berdasarkan muat naik sebelum ini dan juga yang terbaru daripada Kpah Sherman dan juga Aidil Sharin, mereka sudah penat menunggu janji kosong yang dipalu sejak perkara ini didedahkan tempohari.

Pengurusan baharu fokus benda lain?

Kedah sudah bertukar tangan kepada pengurusan baharu sejak hampir dua minggu lalu, namun dapat dilihat masih belum ada pertemuan bersama pemain dan staf kejurulatihan setakat ini. Adakah mereka tiada masa untuk menjenguk di padang?

Pada 12 Julai, Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah bersetuju untuk melantik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Presiden KFA yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Aidil-Sharin-Insta-Story-Gaji-Kedah-2020
FOTO: IG Aidil Sharin

Apa yang dapat dilihat sehingga kini adalah perbincangan mengenai pertukaran status pasukan daripada FA kepada FC yang sedang hangat diperkatakan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula bertemu persatuan-persatuan negeri.

Adakah perkara itu lebih penting? Hanya pihak pengurusan baharu yang lebih arif dan mengetahuinya. Diharapkan bekas pemain dan lagenda Kedah, Radhi Mat Din akan dapat meluangkan sedikit masa untuk mendengar keluhan mereka yang terlibat.

Penutup

Sebagai bekas pemain dan juga pernah terlibat dalam pengurusan pasukan sebelum ini, Radhi Mat Din boleh menjadi penghubung dekat antara pemain dan jurulatih kepada pihak pengurusan terbaru. Beliau kini merupakan Naib Presiden KFA.

Hari Raya Aidiladha kian menjelang tiba dan masalah gaji ini sudah tentu memberikan impak kepada moral dan juga semangat pemain-pemain Kedah. Apa solusinya?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Kedah FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN