LOTTO Malaysia Nafi Tarik Balik Tajaan Kedah FA

LOTTO Malaysia dimaklumkan bahawa pada 17hb Januari 2020 terdapat beberapa laporan melalui instrumen media sosial telah menyatakan bahawa Lotto Malaysia akan menarik balik penajaan Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) – akibat penularan gambar- gambar yang digembar-gemburkan sebagai jersi KFA bagi Musim Liga Malaysia 2020.

LOTTO Malaysia mendapati terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai kesahihan berita bahawa gambar tersebut telah disebarluaskan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sungguhpun tiada kenyataan rasmi dari pihak LOTTO Malaysia mahupun KFA berkenaan jersi tersebut.

LOTTO Malaysia mengambil serius dan amat kesal dengan penularan gambar tersebut dan juga LOTTO Malaysia menafikan kenyataan palsu yang disebarkan di laman media sosial berkaitan penarikan balik tajaan terhadap KFA.

LOTTO Malaysia telah pun memajukan bukti penularan tersebut kepada Peguam Syarikat untuk memulakan siasatan dan tindakan perundangan dengan Pihak Berkuasa berkaitan.

Perlu ditekankan bahawa LOTTO Malaysia terus komited untuk bersama-sama pengurusan KFA dan persatuan-persatuan bolasepak di Malaysia bagi memulakan kempen bolasepak 2020 dan bersama-sama mencipta sejarah kejayaan yang penuh gemilang dan cemerlang.

Sekian

Nota Editor: Ini adalah kenyataan rasmi daripada Lotto Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN