Lothar Matthaus: Timo Werner Lebih Sesuai Buat Bayern Munich Berbanding Sane

Timo Werner

Legenda Jerman, Lothar Matthaus menegaskan bahawa Timo Werner adalah pemain yang lebih sesuai untuk memperkuatkan Bayern Munich pada masa akan datang berbanding pemain Manchester City, Leroy Sane.

Bayern Munich sebelum ini dikatakan amat berminat untuk mendapatkan pemain sayap kelahiran Essen, Jerman yang sudah empat musim beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu.

Namun, bagi Matthaus yang mengetuai cabaran Jerman (ketika itu Jerman Barat) menjulang Piala Dunia 1990 itu melihat terdapat beberapa kelebihan dimiliki Werner bagi menjadikannya sebagai pilihan untuk menyarung jersi Bayern Munich berbanding Sane.

”Semua orang tahu saya sentiasa ada sedikit sokongan untuk Werner dan itu tidak bermakna untuk mengatakan bahawa saya tidak merasakan Leroy Sane adalah hebat.”

Embed from Getty Images

”Tetapi saya dapat merasakan satu perasaan di mana [Hansi] Flick dan [Oliver] Kahn akan lebih cenderung melihat Werner sebagai pemain yang lebih sesuai untuk kelab ini [Bayern Munich].”

”Dia lebih fleksibel di dalam padang, karakternya mungkin sedikit lebih sesuai dengan kehendak mereka yang bertanggungjawab.”

”Dia boleh bermain di bahagian hadapan di tempat [Robert] Lewandowski, berada di belakang atau sayap dan dia juga seharusnya lebih murah,” ujar Matthaus menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya tidak faham mengapa mereka tidak menandatanganinya sebelum ini. Tetapi lebih baik lambat daripada tidak langsung membawanya. Dia telah berkembang dengan sangat jelas sekali lagi pada musim ini.”

”Sane tidak mampu untuk bangkit daripada kecederaan panjang dialaminya. Kedua-dua pemain akan menambah kekuatan buat Bayern. Tetapi jika hari ini saya terpaksa membuat pilihan, saya akan memberikan ruang buat Werner,” ujar Matthaus lagi.

Kredit foto: Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Timo Werner:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply