Loris Karius Tamatkan Kontrak Pinjamannya Dengan Besiktas

Loris Karius Besiktas

Penjaga gol Liverpool yang dipinjamkan ke Besiktas, Loris Karius membuat kenyataan bahawa beliau telah ‘menamatkan’ kontrak pinjaman dua tahun ke kelab Turki itu menerusi akaun Instagram miliknya

Pemain berusia 26 tahun itu kini dalam tahun kedua di Istanbul dan telah membuat 30 penampilan sebelum saingan musim ini ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan Turki.

Menurut Karius, pengakhiran beliau di kelab tersebut ‘agak memalukan’ walaupun beliau mendakawa telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak sekian lama.

“Saya telah menahan sabar selama berbulan-bulan dan telah bercakap dengan lembaga pengarah kelab berkali-kali, tetapi perkara sama masih berlaku tahun lepas,” ujarnya.

Bulan lepas, penjaga gol kelahiran Jerman itu telah membuat aduan kepada FIFA mengenai gajinya yang tidak dibayar buat kali kedua dan badan induk bola sepak dunia itu mengesahkan mereka sedang menyiasat perkara tersebut.

Kes tersebut akhirnya selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk mencapai persetujuan yang membolehkan kontrak pinjaman Karius dibatalkan dan Besiktas membayar segala gaji tertunggak bernilai £400,000.

“Besiktas seharusnya berbangga mempunyai penyokong yang setia berdiri di belakang pasukan dan sentiasa memberi sokongan yang hebat. Mereka ini sentiasa memberi sokongan kepada saya dan ia akan kekal di ingatan.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan semua orang yang bekerja di kelab. Kamu semua menerima saya dengan tangan terbuka sejak hari pertama lagi,” katanya lagi.

Kali terakhir Karius beraksi untuk Liverpool adalah perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018 apabila pasukannya tewas 3-1 kepada Real Madrid.

Kembalinya beliau ke England, tidak dapat dipastikan apakah beliau masih mempunyai peluang untuk bersaing dengan penjaga gol utama, Alisson Backer yang telah mempamerkan aksi terbaiknya sepanjang dua tahun Anfield.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Loris Karius dan Besiktas:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN