Loris Karius Kata Matanya Kini Buta

Loris Karius mendakwa lampu limpah stadium yang digunakan di Turki menyebabkan masalah kepada penglihatan matanya menurut laporan media Turki, Fotospor.

“Kecerahan lampu limpah yang digunakan stadium di Turki menganggu penglihatan mata saya. Jadi susah saya nak tumpukan perhatian kepada perlawanan,” kata penjaga gol Liverpool yang sedang dipinjam oleh kelab Turki, Besiktas selama dua musim.

Susulan dakwaan ini, media Turki itu mendakwa masalah ini mungkin ada kena-mengena dengan kecederaan kepala yang dialami Karius ketika perlawanan akhir UEFA Champions League 2017/2018.

Secara spesifiknya, media Turki merujuk kepada post-concussion syndrom (PCS).

Dalam perlawanan tersebut, Karius mengalami kecederaan kepala selepas berlanggar dengan lengan Sergio Ramos. Karius berjaya menahan kesakitan tersebut untuk terus bermain. Tetapi ia jelas menjejaskan permainannya sehingga melakukan dua kesilapan yang menghadiahkan dua daripada tiga gol Real Madrid.

Selepas perlawanan akhir tersebut, Liverpool menghantar Karius berjumpa dengan Dr. Ross Zafonte di Boston, Amerika Syarikat untuk pemeriksaan susulan.

Kecederaan kepala Karius mungkin ganggu penglihatan

Hasil pemeriksaan tersebut, Dr. Zafonte menyimpulkan ada kemungkinan kecederaan kepala tersebut menganggu persembahan Karius dalam perlawanan akhir tersebut.

Dr. Zafonte berkata Karius mengalami ‘visual spatial dysfunction’ – satu kecederaan yang menganggu kebolehan seseorang untuk memproses maklumat visual daripada sesebuah objek di ruang. Dalam erti kata lain, ia menganggu daya penglihatan seseorang.

Beliau tidak menolak kemungkinan kecederaan tersebut berlaku sejurus selepas perlanggaran Karius dengan Ramos.

Tetapi doktor pakar itu memberi jaminan Karius ‘boleh pulih sepenuhnya berdasarkan keputusan ujian’.

Karius teruk dikritik di Turki

Sepanjang musim 2019/2020 kali ini, Karius telah bolos 45 gol dalam 30 penampilan di semua kejohanan bersama Besiktas.

Besiktas kini pasukan lima teratas Super Lig yang paling banyak bolos, iaitu sebanyak 31 gol.

Ini membuatkan penjaga gol dari Jerman ini dikritik hebat oleh media dan penyokong Turki. Paling terbaru, beliau dikritik kerana gagal berbuat apa-apa dalam gol lawan di bawah.

Bagaimanapun beliau masih dapat mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gol no.1 Besiktas sepanjang dua musim bersama gergasi Turki itu.

Bagaimanapun media Turki menjangkakan Besiktas tidak akan membuat tawaran pembelian tetap kepada Liverpool selepas habis tempoh pinjaman pada akhir musim ini.

Kelab gergasi Belgium, Anderlecht dilaporkan berminat untuk membeli Karius pada jendela perpindahan musim panas nanti. Tetapi penyokong Anderlecht menentang niat kelab mereka dan sudah pun melancarkan kempen menghalang perpindahan ini daripada berlaku.

Berdasarkan kajian pendapat yang dilakukan oleh penyokong Anderlecht, 61% tidak mahu Karius bermain untuk kelab mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN