Loris Karius: Banyak Kelab Mahukan Saya, Akhirnya Saya Pilih Man City

Loris Karius

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius yang sudah kembali daripada pinjaman ke Besiktas mengimbau kenangan lama ketika kegemilangan di zaman remajanya.

Karius yang dikritik teruk terutamanya ketika melakukan kesilapan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2017/18 mendedahkan bahawa hampir separuh kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris mahukan khidmat beliau.

Tetapi, beliau memilih untuk menyertai Manchester City dan kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian bersama pada 1 Julai 2009. Ketika itu, Karis baru berusia 16 tahun.

Aksi cemerlangnya ketika mengawal gawang skuad Jerman bawah 16 tahun (B-16) telah menarik minat The Cityzens untuk merekrut Karius menyertai skuad remaja kelab juara EPL empat kali itu.

”Pada ketika itu saya bermain untuk skuad kebangsaan B-16, terdapat ramai pemantau bakat pada perlawanan itu,” ujar Karius menurut laporan Goal.

”Pada usia 16 tahun, anda boleh menandatangani kontrak profesional buat kali pertama. Saya mendapat tawaran daripada banyak kelab tetapi Manchester City berusaha keras untuk mendapatkan saya.”

”Mereka menunjukkan kepada saya perancangan yang kukuh, sebagai contoh bagaimana untuk memberikan saya peluang untuk menyertai skuad utama.”

”Saya dapat membayangkan yang saya akan terus kekal di Stuttgart [kelab lama Karius] tetapi konsep dan perancangan yang ditunjukkan oleh mereka [VFB Stuttgart] tidak begitu meyakinkan saya seperti Manchester City.

”Jadi saya bercakap kepada diri saya sendiri. Saya akan mengambil cabaran ini dan berkelana ke England,” tambah Karius lagi.

Jodoh Karius bersama kelab Manchester itu bagaimanapun hanya bertahan selama tiga musim dan beliau tidak sempat untuk menikmati aksi bersama skuad senior apabila beliau memilih untuk berhijrah ke Mainz 05.

Beliau kembali semula ke England pada musim 2016/17 selepas diikat Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £4.75 juta.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Loris Karius:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN