Lopes Sasar 15 Gol Dalam Saingan Liga Malaysia 2018

Penyerang import baharu The Red Warriors, Bruno Lopes Da Silva meletakkan sasaran menjaringkan sekurang-kurangnya 15 gol apabila saingan Liga Malaysia membuka tirainya pada Februari depan.

Namun begitu, dia tidak berminat mengejar populariti sebagai penjaring terbanyak kerana apa yang penting kemenangan pasukan yang menjadi keutamaannya.

“Sebagai penyerang, sudah pasti saya mahu memperbaharui sasaran setiap kali menyertai pasukan baharu. Musim lalu saya menjaringkan 10 gol dan harap-harap kali ini lebih daripada itu, mungkin 15 (gol) adalah angka yang cukup baik.

“Tetapi saya fikir kejayaan pasukan jauh lebih mustahak berbanding diri sendiri dan semua ini perlukan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan, jurulatih dan penyokong kerana mereka sebahagian daripada pasukan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, bekas penyerang Persija Jakarta itu mengikat kontrak selama setahun dengan pasukan Kelantan sambil disaksikan oleh presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ellias Khas.

Lopes menjadi pilihan selepas Kelantan gagal mendapatkan khidmat bekas penyerang Melaka United, Marko Simic yang memilih berhijrah ke Persija Jakarta.

Lopes sah menjadi milik pasukan Kelantan selepas menandatangani kontrak secara rasmi. FOTO: TRWFC

Menurut penyerang berusia 31 tahun itu, dia tidak sabar beraksi di pentas Liga Malaysia apatah lagi dua seterunya di Liga 1 Indonesia iaitu Ferdinand Sinaga dan Cassio de Jesus turut sama menyarung jersi TRW.

Tambahnya, dia tidak ada masalah untuk membentuk gandingan mantap selaku penggempur utama bersama Ferdinand meskipun mereka bukan dari kelab yang sama ketika beraksi di negara berkenaan.

“Bagus kali ini dapat berganding bersama kerana musim lalu kami bermusuhan. Mereka pemain yang bagus, begitu juga Gomis (Morgaro) dan Do Dong-hyun, jadi saya harap dapat membantu Kelantan berada pada kedudukan lebih baik, musim ini,” katanya.

Pemain kelahiran Brazil itu tidak sabar untuk memulakan musim baharu Liga Malaysia bersama pasukan Kelantan selepas mengetahui sejarah pasukan dan tahap fanatik penyokong ini.

“Saya tidak teragak-agak menyarung jersi Kelantan selepas mendapat tawaran kerana saya tahu pasukan ini mempunyai sejarah yang cemerlang untuk muncul juara.

“Malah, pasukan Kelantan juga mempunyai penyokong fanatik yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Lopes adalah antara lima pemain import yang akan menyarung jersi Kelantan musim ini. Beliau turut mengenai 2 orang lagi pemain import Kelantan, Cassio Francisco de Jesus dan Ferdinand Sanaga yang turut beraksi dalam saingan liga di Indonesia tahun lepas dan kini menjadi rakan sepasukannya.

“Walaupun kedua-dua pemain berkenaan mewakili pasukan berbeza semasa beraksi dalam liga di Indonesia, saya percaya kita mampu membentuk keserasian yang baik di sini.

“Pemain import Kelantan yang lain, Margaro Gomis dan Do Dong-hyun juga boleh membantu pasukan dalam mengharungi saingan Liga-M musim ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN